in

Pura-pura Kudung Untuk Tagih Simpati, Pengemis Ini Rupanya Ada 5 Bangunan Kediaman & Simpanan Hampir 1 Juta

Ft Mesir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelibat peminta sedekah disekitar ibu kota atau bandar-bandar besar bukanlah satu pemandangan yang asing lagi. Ia turut menjadi kebiasan apabila wujudnya tangan-tangan yang menghulurkan bantuan kepada golongan ini.


Namun apa yang mengecewakan ialah apabila sikap pemurah orang ramai ini diambil mudah oleh segelintir pihak, seperti golongan peminta sedekah.

Kejadian yang berlaku di Mesir membongkar rahsia seorang wanita apabila dia dilihat berjalan kaki seusai pulang dari meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu.

Perkara itu menimbulkan syak wasangka kerana sewaktu dalam ‘waktu kerjanya’ wanita tersebut menggunakan kerusi roda dan kudung di bahagian kakinya.

Ternyata tindakan tersebut hanya dilakukan untuk menagih simpati sahaja.

Sanggup tu menyamar, nanti disebabkan dia seorang, semua peminta sedekah dapat tempiasnya!

 

Capture 1 11 5

 

Memiliki banyak aset

Lakonan wanita berusia 57 tahun itu akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditahan oleh pihak berkuasa, lapor Harian Metro. 

Lebih mengejutkan lagi, penahanan tersebut membawa kepada penemuan aset yang dimiliki oleh wanita itu.

Siasatan menemui peminta sedekah tersebut memiliki lima bangunan kediaman di Gharbia dan Khaliubia. Tidak cukup dengan itu, dia turut memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (RM793,700) di dalam dua akaun bank miliknya.

Banyaknya! Min dah boleh berhenti kerja dah kot!

Wanita itu yang giat menjalankan ‘tugas’ beberapa wilayah di negara itu berjaya memperdaya pihak berkuasa apabila di dilihat meminta sedekah menggunakan kerusi roda.

Namun saksi yang melihatnya berjalan pulang mengkantoikan ‘modus operandi’ wanita itu.

Licik betul ya, duduk saja pun ada banyak duit. Ada sesiapa pernah nampak tak orang macam ni?

Baca : Lepas UAE & Bahrain, Kini Sudan Pula Ikut Jejak Iktiraf Israel Sebagai Sebuah Negara

Capture 9 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.