in

Pura-pura Baik Depan Majikan, Pengasuh Tumbuk Dan Goncang Bayi Lepas Ibu Beredar

Pagehaha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pura-pura Baik Depan Majikan, Pengasuh Tumbuk Dan Goncang Bayi Lepas Ibu Beredar
Loading
/

Zaman sekarang ramai kaum ibu yang bekerja dan meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan pengasuh. Meskipun bimbang untuk meninggalkan anak masing-masing di bawah jagaan individu yang langsung tidak mempunyai pertalian kekeluargaan, mereka terpaksa berbuat demikian demi kehendak kerjaya.


Oleh sebab itu, ramai ibu yang cerewet dalam memilih pengasuh kerana mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaupun si ibu sudah memilih pengasuh yang dirasakan sesuai untuk menjaga anak, masih ada lagi individu yang bermuka-muka dan melakukan perkara jahat di belakang majikan.

T1 1
sumber: youtube

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di Zhengzhou, Wilayah Henan bilamana anaknya dilayan dengan begitu teruk setelah dia berlalu pergi meninggalkan bayinya dengan pengasuh, lapor Malaysian Digest.

Dalam kejadian yang berlaku di China beberapa hari lalu, seorang pengasuh dilihat telah mendera seorang bayi sejurus selepas ditinggalkan ibunya! Melalui rakaman kamera litar tertutup yang ditemui, wanita berusia 42 tahun itu dilihat bertindak memukul anak kecil tersebut dengan pelbagai cara sewaktu berada di dalam lif.

T2 1
sumber: youtube
T3 1
sumber: youtube

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 8 saat berkenaan, ibu bayi tersebut dilihat melambai-lambai anaknya sebelum ditinggalkan. Pada waktu itu, pengasuh tersebut mendukung anak majikannya dengan baik tanpa sebarang tanda-tanda untuk berkelakuan kasar. Sebaik sahaja pintu lif tertutup, pengasuh tersebut mula bertindak jahat!

Pengasuh itu mengangkat tangan seolah-oleh mahu memukul bayi tersebut berkemungkinan untuk mengugutnya supaya berhenti menangis. Bayi tersebut yang sedang menangis, dilihat meraung kesakitan selepas ditumbuk berkali-kali di perut oleh wanita itu.

T4 1
sumber: youtube
T5 1
sumber: youtube 

Bukan itu sahaja, pengasuh itu memukul kepala bayi berkenaan selepas meletakkannya dalam penolak dan menggoncang badan bayi tersebut seolah-oleh seperti dirasuk syaitan. Menurut pihak polis, ibu bapa anak kecil tersebut telah melaporkan kejadian itu selepas mendapat tahu.

Pengasuh yang dikenali sebagai Li tersebut kini telah ditahan polis kerana sengaja menyebabkan penderaan fizikal kepada mangsa.

Ibu bapa kena sentiasa berwaspada akan siapa yang bakal mereka ambil untuk menjaga anak-anak. Manusia zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat!

Tonton video kelakuan pengasuh tersebut di bawah:

Sumber: Youtube

Baca: Pengasuh Jual Barangan Bayi Jagaan di Facebook Selepas Dera Hingga Patah Tangan

Haaha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.