in

“Punyalah kuat seni pertahan hidup akak ni” – Hilang Mata Pencarian Ketika Kawalan Pergerakan, Wanita Ini Jadi Personal Shopper Barangan Dapur

Feature 2 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita yang pastinya kehilangan sumber mata pencarian sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Peniaga-peniaga kecil juga semestinya merasai keperitan ini sepanjang dua minggu ini.


Kali ini admin nak kongsikan kisah inspirasi seorang wanita yang kehilangan mata pencarian akibat perintah kawalan pergerakan.

Menurut perkongsian di Twitter oleh Haze Latif , wanita ini tidak dapat meneruskan perniagaan menjual nasi kerabu akibat Covid-19.

Jadi, dia telah mengambil keputusan untuk menjadi personal shopper untuk keluarga-keluarga yang tidak mahu keluar dari rumah untuk membeli barangan dapur yang diperlukan. Hebat dan cekal akak ni weh!

Ps 2

Wanita ini sebenarnya ditemui oleh seorang pengguna Facebook, Izad Raya yang kebetulan pada ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai, dipercayai di Puchong, Selangor.

Wanita yang dikenali sebagai Fira Rahim mengambil keputusan tersebut untuk menyara lima anaknya.

Yang paling mengharukan, dia dan anaknya perlu membawa semua barangan yang dipesan oleh pelanggan dengan menaiki motosikal.

Ps 3

Rata-rata netizen salute dengan kecekalan Fira untuk mencari sumber pendapatan buat keluarganya.

Ps

Kalau korang perlukan perkhidmatan personal shopper, korang boleh cari akak ni untuk bantu korang dapatkan barang-barang keperluan harian yang dimahukan.

Kita doakan agar wabak Covid-19 segera berakhir agar semua dapat bekerja semula dan peniaga-peniaga kecil juga dapat kembali berniaga seperti biasa. 

Baca: Tutorial Mudah ‘Withdraw’ Duit Akaun 2 KWSP Untuk Bantuan Covid-19

Kwsp

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.