in

“Punyalah dia stay at home je sebelum ni” – Guru Maut Dijangkiti Covid-19 Lepas Kawan Kerja Buat ‘Surprise Baby Shower’

Guru Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menjaga kesihatan diri dan anak dalam kandungan, seorang guru berusia 31 tahun dari Anapolis, Brazil banyak menghabiskan masa di rumah sahaja dek kerana Covid-19 yang melanda ketika ini.

Namun, malangnya guru yang hamil 8 bulan itu meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 gara-gara parti kejutan yang diadakan oleh rakan kerjanya.


Menurut The Star, pada awal Ogos lepas, Camila Graciano telah mendapat kejutan daripada rakan-rakan kerja yang membuat parti ‘baby shower’ buatnya. Salah seorang rakannya dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 tanpa sedar disebabkan tiada menunjukkan apa-apa simptom.

Guru2

Guru4

Selepas parti itu, rakan tersebut mula menunjukkan simptom dan menurut abang Camila bernama Daniel Helio Ambrosio, adiknya dibawa ke hospital hanya tiga hari selepas parti tersebut. Disebabkan kes Covid-19 yang tinggi di sana, keluarga Camila suka mendapatkan katil kosong untuknya di hospital dan akhirnya dia dimasukkan ke Santa Casa Hospital.

Selepas disahkan positif Covid-19, Camila ditempatkan di wad bersalin yang dikhaskan untuk kehamilan berisiko tinggi (wanita hamil yang dijangkiti Covid-19) pada 19 Ogos lepas.

Doktor kemudian mengambil keputusan untuk memberi induce kepada Camila demi untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan itu. Meskipun lahir pra matang, bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sihat. Camila juga turut menunjukkan tanda-tanda yang baik, malah menurut doktor paru-paru, degupan jantung serta tekanan darahnya semakin pulih dari masa ke semasa.

Guru1

Guru5

Bagaimanapun, keadaannya tiba-tiba menjadi lebih teruk pada 21 Ogos dan keluarga dimaklumkan bahawa virus itu semakin kuat serta Camila tidak mempunyai peluang untuk hidup.

Dengan hati yang berat, doktor memaklumkan kepada keluarga bahawa Camila meninggal dunia keesokan harinya namun bayinya tidak dijangkiti serta dalam keadaan baik.

Baca: “Ramai tak pakai mask, tak jaga social distance” – Usain Bolt Positif Covid-19 Seminggu Lepas Buat ‘Birthday Party’

Usain Covid

Sumber: The Sun
Sumber: news.com.au
Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.