in

“Aliran oksigen tak sampai ke kandungan” – Anak Terpaksa Dilahirkan Namun Tak ‘Survive’, Esoknya Ibu Pula Temui Ajal

Ft Mautcovid

Saban hari, ada saja kisah pilu kita dengar membabitkan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia. Sejak kebelakangan ini, ramai wanita hamil yang dilaporkan telah dijangkiti virus ini dan memilukan ada kes di mana bayi yang dikandungkan terpaksa dilahirkan secepat mungkin kerana keadaan yang memburuk.

Kali ini, seorang wanita hamil bernama Rohaizah Yasman dilaporkan meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Melalui Facebook, perkongsian sepupu arwah yang berasal dari Johor itu mengundang sebak warganet apabila mendapat tahu Rohaizah sedang hamil anak ketiganya ketika dijangkiti.

Maut1

Kelmarin, pembedahan terpaksa dijalankan terhadap Rohaizah yang dikomakan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya itu. Lebih memilukan, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan dan semalam, pada jam 10 pagi Rohaizah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar.

Semalam terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan disebabkan aliran oksigen tak sampai ke kandungan. Bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan. Hari ni pada pukul 10.00 pagi ibunya pula menghadap Ilahi.”

Maut2

Maut3

Terdahulu, pada Jumaat 4 Jun lepas bapa arwah Rohaizah, Yasman bin Manap telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.30 pagi di hospital yang sama selepas dijangkiti virus itu.

Melalui perkongsian sepupunya juga, difahamkan arwah dan seluruh ahli keluarga adalah antara yang terpalit dengan Kluster Jalan Maharani di Johor. Kluster yang membabitkan dua daerah iaitu Muar dan Tangkak ini disifatkan paling ganas di negeri itu kerana telah meragut 8 nyawa setakat ini.

Baca: “Berada di kategori 5, bayi terpaksa dikeluarkan” – Doktor Hamil 29 Minggu Dijangkiti Covid-19 Dikomakan di ICU

Ft Drfatihah

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog