Bulan puasa ni, kalau kita lihat keadaan jalan akan jadi sesak pada waktu habis kerja, aliran begitu perlahan jika dibandingkan dengan hari biasa.
Bagi mereka yang bekerja di sekitar Lembah Klang akan faham betapa sesaknya keadaan jalan di Lebuhraya Persekutuan.
Lebih teruk lagi jika ada ‘gangguan’ di atas jalan tersebut, semalam, satu video tular memperlihatkan seorang pemuda duduk di atas jalan dalam keadaan tak berbaju.
Punca jem kat Federal
Dalam video tersebut kelihatan pemuda yang memakai seluar pendek berwarna hitam itu duduk sambil memejamkan mata dan sambil tangannya bergerak.
Punca jem kat federal pic.twitter.com/SA7jLus7MU
— FarHanAl (@alif_farhan7) April 27, 2022
Ia membuatkan netizen tertanya-tanya samada pemuda tersebut kurang siuman atau dibawah pengaruh bahan terlarang, malah ada juga yang mengharapkan agar ia bukanlah dibuat untuk dijadikan content.
Dalam pada itu, ada juga yang bimbang melihat keadaan lelaki tersebut kerana berada dalam keadaan sangat bahaya.
Harap bukan content – Netizen
Hurm, mudah-mudahan pemuda tersebut tak ada apa-apa, risau juga tengok sebab tengah-tengah highway, kereta pula laju.
Baca : “Pusing balik!” – [VIDEO] Pengguna Jalan Raya Cemas, Gajah Muncul di Highway Gerik-Jeli