in

Puluhan Pengunjung Pengsan, Festival Berdendang Bergoyang Terpaksa Dibatalkan Untuk Keselamatan

1Bb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Puluhan orang dilaporkan tidak sedarkan diri di festival muzik Berdendang Bergoyang yang diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia semalam. Perkara ini terjadi kerana kapasiti pengunjung ke festival muzik itu berlebihan.


Memetik laporan CNN Indonesia, pihak berkuasa Indonesia mengatakan puluhan pengunjung telah dilaporkan pengsan dan beberapa yang lain mengalami kecederaan ringan kerana pengunjung saling tolak-menolak.

Screenshot 2022 10 30 At 11.29.13 Am

Kerana keadaan yang tidak kondusif itu, festival yang dijadualkan tamat pada jam 11 malam itu terpaksa dihentikan lebih awal iaitu pada jam 10 malam. Arahan penamatan festival lebih awal dari yang dijadualkan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas melihat keadaan venue yang tidak dapat menampung bilangan pengunjung.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur Berdendang Bergoyang telah mengeluarkan pembatalan hari terakhir festival itu menerusi akaun Instagram mereka @berdendangbergoyang.

Festival Muzik Berdendang Bergoyang ini menampilkan barisan artis-artis Indonesia di dua pentas mega selama tiga hari bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober 2022. Setakat artikel ini ditulis, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dari kejadian ini.

 

Baca: “Bertukar tragedi”- Lebih 140 Maut Ketika Sambutan Halloween di Seoul Akibat Rempuhan

F1 Itwn Halloween E1667098085961

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.