in

Pulang Ke Rumah Lepas 3 Hari, Wanita Terkejut Keluarga Adakan Upacara Pengebumian Untuknya

1Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warga emas di India hairan apabila menyaksikan upacara pengebumian untuknya diadakan oleh ahli keluarganya sebaik pulang ke rumah selepas keluar selama tiga hari.


Wanita berusia 72 tahun itu dianggap sudah mati selepas dilanggar oleh kereta api pada 20 September lalu.

Anak lelaki wanita itu sendiri telah mengenalpasti mayat itu sebagai ibunya kerana mayat itu memakai pakaian yang sama seperti ibunya ketika keluar rumah.

Kepulangan wanita itu dengan membawa beg pakaian turut menyebabkan penduduk kampung pelik dan terkejut sejurus melihatnya kembali.

Screenshot 2022 09 25 At 11.03.43 Am

Apa yang terjadi sebenarnya?

Menurut laporan Times of India, pada Isnin lalu, wanita itu telah memaklumkan keluarganya dirinya akan keluar untuk ke kuil yang terletak 22 kilometer dari rumahnya. Dia turut memberitahu keluarganya yang dia akan pulang sebaik sahaja selesai urusan sana.

Namun, pada hari itu dia tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya dia mengambil keputusan untuk ke kuil lain yang berada disekitarnya. Selepas mendapati ibunya tidak pulang, anak lelakinya membuat laporan di balai polis.

Keesokan harinya, anak lelaki wanita itu mendapat berita bahawa seorang wanita telah dilanggar kereta api di landasan berhampiran dan telah dipanggil ke hospital untuk pengecaman mayat.

Mayat wanita yang berada di hospital itu memakai pakaian yang sama sewaktu ibunya keluar rumah. Muka mayat berkenaan telah hancur dan ini menyukarkan proses pengecaman.

Screenshot 2022 09 25 At 11.03.53 Am

Mayat itu kemudiannya diserahkan kepada pihak keluarga untuk upacara pengebumian. Selang tiga hari selepas wanita itu keluar rumah, wanita itu telah pulang ke rumah dengan membawa beg pakaiannya dan cuba memproses apa yang sebenarnya telah berlaku.

Ahli keluarga yang berada pada upacara itu kemudiannya menerangkan semula apa yang telah berlaku semenjak beliau tidak pulang ke rumah.

Polis memberi arahan kepada pegawainya untuk menggali semula kubur dan membawa mayat ke hospital untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Sumber: Times of India

Baca: Wanita Nekad Lawan Harimau Demi Selamatkan Anak Yang DiserangScreenshot 2022 09 25 At 11.09.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.