in

Puji Keindahan Budaya & Alam, Nas Daily Kongsi Video Melawat Malaysia

F2 Nd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh apabila ada netizen yang berkongsikan video bahawa mereka melihat keberadaan content creator warganegara Israel iaitu Nas Daily di Melaka sedangkan ramai sudah sedia maklum bahawa Nas Daily tidak boleh memasuki Malaysia kerana memiliki pasport Israel.

Nas Daily kemudiannya berkongsi di akaun TikToknya bahawa dia kini telah memiliki pasport kedua dari negara Caribbean untuk memasuki negara ini.


12 1 1

Dia juga ada berkongsi video dirinya melawat Malaysia semalam di platform TikTok miliknya.

@

♬ –

Dalam video yang berdurasi selama empat minit dan 46 saat itu, dapat dilihat bahawa dia memasuki Malaysia melalui sempadan Singapura-Malaysia.

Difahamkan juga, dia telah ke Jonker Street, Melaka ketika kunjungan pertamanya ke Malaysia.

14 2

Dalam video tersebut juga, dapat dilihat bahawa dia memuji Malaysia tentang kehijauan alam sekitar di negara kita.

Selain itu, dia juga mengatakan harga barangan di Malaysia yang jauh lebih murah dari Singapura.

13 1 1

Dia juga berkongsi dalam video terbabit bahawa makanan Malaysia juga enak dan dirinya turut kagum dengan budaya yang ada di sini.

Untuk pengetahuan semua, Nas Daily telah menghabiskan wang sebanyak $150,000 (kira-kira RM710,700) untuk membeli pasport baru dari negara Caribbean, Saint Kitts and Nevis.

Baca: [VIDEO] Nas Daily Dilihat Berada Di Melaka, Katanya Guna Pasport Caribbean? 

11 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.