Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila ada khabar angin di mana penyanyi kumpulan nasyid Hijaz, Isman Nadim bakal berkahwin dengan balu Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim.
Ina atau nama penuhnya, Nordiana Mohd Naim yang berusia 40 tahun, bagaimanapun menafikan bakal melangsungkan pernikahan dengan penyanyi nasyid itu pada 1 November depan.
Artikel berkaitan: Tular Berita Konon Ina Naim Akan Berkahwin, Isman Hijjaz Nafi Jadi Calon Suami
Artikel berkaitan: “Kat tempat cantik” – Ina Naim Kongsi Arwah Suami Mimpi Siti Sarah & Sharifah Aini Sebelum’Pergi’
“Kasihan abang Isman dituduh,” katanya disertai emoji ketawa dalam jawapan dihantar melalui aplikasi WhatsApp.
Menerusi laporan Harian Metro, ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu menyatakan dengan jelas dirinya tiada perancangan untuk berkahwin.
Difahamkan, Ina dikatakan mengelak untuk ditelefon oleh pihak media dengan memberikan beberapa alasan, dia juga menepis dakwaan terdapat kad jemputan perkahwinan yang sedang diedarkan.
“Propa semua tu. Nak sedap ayat bagi gempak,” katanya sambil sekali lagi meletakkan emoji ketawa pada jawapan.
Ina membangkitkan persoalan jika benar dakwaan mahu berkahwin, apakah ada insan yang sudi menerimanya.
“Hendak jaga kami lima perut (sekeluarga) sanggupkah hendak hadap. Kalau sangguplah hendak jaga empat anak ini yang kuat makan,” katanya.
Sebelum ini, Isman menjelaskan dia tidak ada kena-mengena dengan kontroversi itu dan amat terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai calon suami baharu Ina.
Aduhai, siapa yang mula khabar angin ni…
Sumber: Harian Metro