in

Profesor Ni Bawa Anak Patung Setiap Minggu Untuk Reward Pelajar Dia, Best Gila!

Untitled Collage 53 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang dah pernah lalui kehidupan kat universiti atau kolej mesti tahu jerih perih dan kepayahan nak bergelar seorang graduan kan? Nak kena kejar deadline, siapkan assignment, siapkan bahan untuk presentation lagi — berasap otak dibuatnya.


Tu belum masuk bab berjumpa bermacam jenis lecturer yang banyak ragamnya, ada yang kita boleh kautim, ada yang tegas dan ada jugak jenis yang buat kita sentiasa seronok nak masuk kelas dia.

Tapi pernah tak korang jumpa lecturer macam ni?

Video ini dikongsi seorang pengguna Twitter, @lilmcnugs. Dalam tweetnya, beliau memperkenalkan profesornya yang gemar memberi reward kepada pelajar-pelajar setiap minggu — sebagai tanda penghargaan di atas kerja keras mereka.

Dan dalam rakaman itu, profesor tersebut dilihat mengeluarkan beberapa anak patung tupai untuk diletakkan di atas meja sambil suara pelajar-pelajarnya tergelak kecil kedengaran di belakang.

Profucla

Amy1

Kalau dapat profesor macam ni, confirm korang takkan pernah terfikir nak ponteng kelas dia kan?

Profesor yang dikenali sebagai Quyen Di Chuc Bui ini merupakan seorang pensyarah yang menerajui program bahasa Vietnam di Jabatan Bahasa & Kebudayaan Asia UCLA.

2 1572610964760245984889

3 15726109647652071558311

Walaupun kejap je rakaman video tu, namun ia telah mendapat hampir 132k retweet dan 6.47 juta tontonan setakat ini — selain berjaya mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan ‘kecomelan’ profesor ini.

Amy2

Amy3

Amy4Amy5

 

Baca: “Not all heroes wear capes” – Usaha Dua Lelaki Bantu Redakan Banjir Di KL Dapat Pujian Netizen

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.