Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlanjutan sehingga ke bulan Ramadhan, ramai para peniaga yang mengambil inisiatif dengan menjual makanan secara di atas talian.
Namun, lain pula yang terjadi apabila ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam situasi ini dengan membatalkan pesanan pada saat-saat akhir.
Lebih parah, ada yang ‘prank’ penjual selepas memesan makanan dalam kuantiti yang banyak!
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Youtuber Malaysia, Jinnyboy di laman sosial beliau. Menurut Jinnyboy, ada seorang individu telah menyamar sebagai dirinya dan memesan burger dalam kuantiti yang banyak.
Dengan menggunakan alasan tidak tahu prosedur untuk ‘online banking’, individu tidak bertanggungjawab ini berjanji akan membayar selepas mereka berjumpa di sebuah lokasi untuk penghantaran makanan.
Selepas menunggu lama di tempat yang dijanjikan, penjual ini dikejutkan dengan berita kurang enak daripada pembeli tersebut.
“Ini adalah prank. Saya Ginnyboy dari Youtube”
https://www.facebook.com/jinnyboytv/posts/2844054079044394
Dengan menggunakan nama Jinnyboy (meskipun ejaan yang salah), individu tidak bertanggunjawab ini telah meninggalkan penjual wanita ini berseorang di kawasan tersebut bersama burger yang dipesan.
Manusia macam ni pun wujud ye?
BACA: Panduan Solat Tarawih Di Rumah Sepanjang PKP Seperti Yang Disarankan JAKIM