Seorang wanita warganegara Malaysia telah dikenakan hukuman penjara selama hampir sedekad selepas dia ditahan cuba untuk menyeludup dadah jenis heroin ke Melbourne.
Pramugari dari syarikat penerbangan Malindo Air dan Malaysia Airlines ini telah direkrut oleh sindiket dadah Australia untuk menyeludup barang ‘misteri’, dengan balasan ganjaran wang yang lumayan jika berjaya dilaksanakan.
Menurut hasil siasatan, ketua sidiket terbabit telah menawarkan ganjaran sebanyak A$155,000 (RM641,514.00) untuk setiap 1 kilogram heroin yang berjaya diseledup, dan akan menjualnya semula kepada pembeli dengan harga A$195,000 (RM807,066.00).
Untuk melepaskan diri daripada pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang, sindiket ini telah meminta wanita ini untuk meletakkan paket heroin di tengah-tengah kaki, dan menyimpan baki dadah di dalam seluar dalam serta bra. Malah, mereka telah berlatih selama hampir 3 bulan untuk menjayakan penyeludupan ini.
Menurut laporan, ketua sindiket telah menggunakan kod rahsia dalam urusan penyeludupan dadah ini. Dia akan memanggil pengedar di Malaysia dengan nama ‘Mr Hanoi’, dan menukar nama lokasi lapangan terbang dengan ”Mandy’ (Melbourne) dan ‘Sandy’ (Sydney) untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Untuk rekod, pramugari ini telah ditahan pada 6 Januari tahun lepas di lapangan terbang Melbourne selepas dia dilihat berkelakuan pelik. Wanita berusia 40 tahun ini mengaku dia terpaksa melakukan penyeludupan ini untuk membiayai kos perubatan ibu dan anaknya yang sakit.
Bagaimanapun, pihak juri hanya memberi hukuman penjara selama 9 tahun dan 6 bulan selepas mengambil kira faktor wanita tersebut melakukan aktiviti penyeludupan. Difahamkan, dia kini sedang membuat rayuan agar dapat pulang dan menjalani hukuman di Malaysia.
Sumber: FMT
Ketika dibicarakan, Zailee mengaku