Memiliki anak kecil di rumah sememangnya memberi cabaran yang besar kerana ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan mereka supaya tidak berlaku apa-apa bencana yang tak diingini.
Namun, ada juga anak-anak kecil ini sangat panjang akal dengan membuat gelagat yang lucu apabila mereka berada diluar pengawasan ibu bapa.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai anak kecil yang boleh dikatakan tak kering gusi melihat telatahnya di rumah.
Ayah jadi model make up anak
Video yang berdurasi 30 saat itu telah dikongsi di laman TikTok Seha Meera (sitinurfaseeha7) yang memaparkan gelagat anak kecilnya bertindak mendandan ayahnya yang sedang tidur.
Menurutnya, kejadian lucu itu berlaku semasa dia sedang memasak dan meninggalkan anak kecilnya itu bersama ayahnya. Keluar dapur je terus anak buat hal ye hahahaha..
@sitinurfaseeha7 Apa mama nak jawab dengan papa dik 😫! pantang mama masak, ada je kerja dia buat🥺🥺, Nak sedih dekat make up ke atau sedih dekat suami erk ?? 🥹🥹 #lawak #kelakuanlucu #babytiktok #sabar #komenandlike #fyp
“Apa mama nak jawab dengan papa dik! pantang mama masak ada je kerja dia buat.”
Habis make up si ibu dikokaknya
Menerusi video tersebut, dia juga pada awalnya terkejut apabila mendapati alat solek kepunyaannya habis dibuat main oleh anak kecil itu. Lebih melucukan, anaknya siap letak getah rambut lagi di telinga si ayah.
“Nak sedih dekat make up ke atau sedih dekat suami erk??”
Takut punya pasal, nangis dijadikan ‘modal’ untuk selamat
Menerusi video seterusnya yang dikongsi oleh Seha Meera dimana ayahnya terkejut melihat rupa sendiri selepas bangun dari tidur.
“Tak baik tau dengki papa.”
Menerusi video tersebut, kelihatan anak kecil itu terus menangis sebagai alat modal untuk selamat daripada dimarahi oleh ayahnya. Hahaha comel!
@sitinurfaseeha7 Membalas kepada @nurulamie menangis cara untuk lindungi diri 😂😂 #anakpapamama #lawak #babytiktok #fyp
Netizen geli hati lihat gelagat anak kecil tersebut
Video tersebut raih perhatian ramai netizen dimana kebanyakannya sangat terhibur dengan gelagat anak kecil itu siap ada yang cakap mungkin anaknya mahu bercita-cita untuk jadi MUA.
Momen sebeginilah yang ibu bapa boleh ingat sampai bila-bila. Nanti anak dah membesar bolehlah buat cerita ni jadi bahan untuk anak hahaha!
Baca: [VIDEO] Comelnya! Ramai Cair Tengok Gelagat Budak Kecil Ini Buat-Buat Merajuk