in

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Tun Taib Mahmud Diculik Ketika Di Hospital

Ft Tun Taib Diculik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis hari ini telah mengesahkan bahawa mereka menerima satu laporan berkenaan dengan penculikan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.


Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada Ahad lalu, laporan Malaysiakini mengatakan bahawa Tun Taib dikhabarkan sedang menerima rawatan rapi di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.

Artikel berkaitan : Isteri Nafi Tun Abdul Taib Mahmud Dah Meninggal Dunia, Kecewa Tindakan Pihak Tak Bertanggungjawab

Artikel berkaitan : [VIDEO] Tun Abdul Taib Tersasul Sebut Hari Raya Masa Ucapan Maal Hijrah, Netizen Pelik Tiada Orang ‘Betulkan

Laporan tersebut mendakwa bahawa, pada lewat malam Sabtu, ada seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang berada pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Tun Taib kemudiannya didakwa diletakkan di atas kerusi roda dan diusung keluar dari hospital sebelum dibawa naik sebuah kenderaan.

Laporan polis kedua juga telah dibuat oleh ahli keluarga Tun Taib yang lain pada hari Ahad berdasarkan laporan pertama.

Screenshot 2024 02 05 163113

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata dalam satu kenyataan memaklumkan  bahawa kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.”

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Screenshot 2024 02 05 162557

Dalam laporan polis yang kedua, tiada seorang pun daripada adik-beradik atau empat anak Taib dimaklumkan tentang kedudukan semasanya dan keadaan kesihatannya terkininya.

Untuk rekod, Taib pernah berkhidmat sebagai ketua menteri keempat Sarawak dari 1981 hingga 2014, sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh bermula 2014, beliau sepatutnya kekal memegang jawatan itu sehingga akhir bulan ini.

Bagaimanapun, tempohnya disingkatkan dengan pelantikan bekas presiden Dewan Negara, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar bulan lalu.

Tempoh beliau sebagai gabenor bagaimanapun dipendekkan dengan pelantikan bekas presiden Dewan Negara Wan Junaidi Tuanku Jaafar bulan lepas.

Sumber : Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.