in

Polis Jawab Panggilan Kecemasan, Rupa-rupanya Rumah Sendiri Yang Terbakar

Ft Polis Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memilih kerjaya sebagai seorang anggota polis, sudah semestinya perlu sentiasa bersiap siaga untuk menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kes jenayah, kemalangan dan sebagainya.


Apabila dipanggil untuk bertugas selepas menerima panggilan kecemasan, setiap anggota polis perlu mengekalkan momentum dan ketenangan diri dalam melaksanakan tugas tersebut.

Namun, bagaimana pula sekiranya panggilan kecemasan yang diterima itu adalah melibatkan ahli keluarga sendiri? Lebih-lebih lagi yang melibatkan kes kecemasan yang mampu mengancam nyawa?

 

Tersedar rumah sendiri terbakar

Seperti yang berlaku kepada seorang anggota polis dari Oklahoma, Amerika Syarikat ini, dia dikatakan telah menjawab satu panggilan kecemasan berhubung laporan kebakaran pada 13 November yang lalu.

Apa yang mengejutkan, sesampai sahaja dia bersama pasukannya di lokasi kebakaran, dia baru tersedar bahawa rumahnya sendiri yang telah terbakar di mana ahli keluarganya masih terperangkap di dalam kebakaran tersebut!

Feat Polis 1

Feat Polis

 

Terus berlari masuk, ahli keluarga masih terperangkap

Anggota polis berkenaan yang dikenali sebagai Anthony Louie tanpa berfikir panjang terus sahaja berlari dan bergegas masuk ke dalam bangunan rumahnya yang masih marak dijilat api itu untuk menyelamatkan ahli keluarganya.

Sebaik sahaja sampai di kawasan tersebut, dia terus berlari meredah api di bahagian porch kereta.

Gara-gara keberanian dan ketangkasannya itu, pegawai polis berkenaan dapat  menyelamatkan nyawa kesemua ahli keluarganya apabila dia berjaya membawa keluar kesemua mereka dari rumah yang terbakar itu tanpa mereka mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Polis Family

 

Kesan melecur, masalah pernafasan

Walau bagaimanapun, Louie mengalami beberapa kecederaan termasuklah kesan melecur yang teruk di beberapa bahagian tubuhnya dan juga masalah pernafasan gara-gara terhidu asap kebakaran seperti yang dilaporkan Mirror UK.

Menurut sumber, keluarga anggota polis itu telah mengalami kehilangan harta benda dalam kebakaran itu. Manakala, Louie pula tidak boleh melapor diri untuk bertugas dalam tempoh masa yang lama sehinggalah sembuh sepenuhnya.

Aktiviti kutipan dana juga dikatakan telah dilakukan bagi membantu mereka sekeluarga.

Demi family, sanggup bergadai nyawa. 

Baca: “Mcm spiderman” – Tindakan Sekumpulan Lelaki Ini Selamatkan Warga Emas Dalam Rumah Terbakar Dipuji Netizen Baca Bakar

Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.