in

Polis Dedahkan 13 Penjenayah Paling Bahaya dan Dikehendaki di Kelantan

Penjenayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak kira bila atau di mana sahaja anda berada, pastikan anda sentiasa berwaspada! Polis Kelantan baru mengadakan sidang media pada 11 Oktober di mana mereka mendedahkan gambar 13 penjenayah paling dikehendaki di negeri itu dan kini sedang diburu pihak polis selama lebih tiga tahun. Mereka memang membahayakan!


Menurut Berita Harian, sembilan daripada penjenayah yang dikehendaki adalah kerana memiliki senjata api.

Penjenayah yang dimaksudkan adalah Muhammad Solleh Zulkimin, 19; Mohamad Ideros Nordin, 25; Zamli Mamat, 28; Mohd Azmi Azman, 29; Mohamad Nuriezzwan Nur Zukri, 29; Mohd Nor Ashmadian Satar, 31; Zainuddin Zakaria, 31; Azwan Zainun, 38 dan Roslli Zakaria, 41.

Penjenayah 5
sumber: chinapress

Manakala, empat lagi individu yang dikehendaki dikesan membabitkan kes bunuh dan culik iaitu Ahmad Syazwan Ayub, 21; Mohd Nasaruddin Abdullah, 23; Saw Kim Sa, 31 dan Syukri Mohd Abiah, 36.

Menurut NST, berikut adalah tiga individu yang dikehendaki kerana kes bunuh:

Mohd Nasaruddin Abdullah, 23

Nama samaran: Ngoh

Penjenayah 1
sumber: nst

 

Syukri Mohd Abiah, 36

Nama samaran: Keri Pok Jeng (Dipercayai pembunuh upahan)

Penjenayah 2
sumber: nst

 

Saw Kim Sa, 31

Penjenayah 3
sumber: nst

Ini pula adalah lelaki yang dikehendaki kerana jenayah menculik:

Ahmad Syazwan Ayub, 21

Nama samaran: Pok Wan

Penjenayah 4
sumber: nst

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, 13 individu ini hanyalah bilangan kecil daripada jumlah 800 orang penjenayah yang dikehendaki di negeri itu. Ramainyaaa!

“Daripada jumlah itu, ada suspek bergerak sendirian atau berkumpulan. Malah, kita sudah beberapa kali membuat serbuan di kediaman mereka, namun suspek terlebih dahulu melarikan diri.

“Justeru, kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya memaklumkan kepada polis.”

Penjenayah 6
sumber: nst

Siasatan turut mendapati bahawa kesemua suspek berpindah randah selain turut mengubah wajah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Segera ke balai polis berdekatan kalau ternampak salah seorang dari mereka ini.

Baca: “Kenapa suap makanan pada saya? Saya pembunuh” – Pelajar 10A Berubah Jadi Pembunuh Kerana Dadah

Drug

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.