in

Polis Buru 4 Suspek Pecah Rumah Hingga Cederakan Seorang Mangsa

Kes Pecah Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis kini sedang giat memburu empat orang lelaki yang menjadi suspek dalam kes pecah rumah di Taman Aman, Sungai Pelek di Sepang pada awal pagi kelmarin.

Menurut Sinar Harian, keempat-empat suspek bukan sahaja memecah masuk rumah tersebut untuk menyamun namun, mereka turut mendatang kecederaan kepada seorang lelaki yang tinggal di rumah tersebut bersama keluarganya.


Mangsa yang berusia 35 tahun telah cedera pada badan selepas diserang oleh suspek yang memecah masuk ke rumah mangsa dengan senjata tajam.

Video yang dipercayai merupakan rakaman CCTV di rumah mangsa ketika kejadian itu telah tular di media sosial.

@utusanmelayuplusofficial

Kejadian didakwa berlaku di Sungai Pelek, Sepang pada pukul 2.30 pagi, Jumaat. Merujuk kepada beberapa video tular, tuan rumah dilapor cedera. #fyp #trendingnewsmalaysia #pecahrumah #Sepang #sungaipelek

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

Artikel Berkaitan: “Dia pantau kawasan dulu…” – Menyamar Jadi ‘Rider’ Makanan Untuk Pecah Rumah

Artikel berkaitan: Macam Dalam Filem, Ini Bagaimana Muzium Louvre Di Paris Boleh Dirompak Dalam Masa 4 Minit

Dalam rakaman video CCTV itu, dapat dilihat empat suspek telah memecahkan pintu kaca rumah tersebut.

Mangsa yang cedera kini dilaporkan dalam keadaan stabil setelah dibawa ke hospital untuk dirawat.

Setakat ini, keempat-empat suspek masih lagi sedang diburu polis kerana kesemua mereka masih bebas.

Difahamkan, kejadian pecah masuk rumah itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.