Identiti uniform berwarna biru Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cukup signifikan bekas pelatih dan generasinya.
Walau bagaimanapun, penggunaan celoreng biru PLKN tidak lagi diteruskan dan celoreng Tentera Darat Malaysia (TDM) dipilih untuk pelatih PLKN 3.0.
Memetik laporan Astro Awani, pemilihan celoreng hijau TDM itu adalah selaras dengan amalan program yang seumpanya di luar negara. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata kajian terhadap program di luar negara kebanyakkannya menggunakan celoreng tentera berbanding celoreng dan uniform alternatif.
Pakaian ini telah diuji dan dinilai. Jika kita mahu memperkenalkan pakaian seragam baharu, prosesnya akan mengambil masa lebih lama dan menelan kos yang lebih tinggi.”
Ya’cob juga menambah keputusan pemilihan uniform celoreng tentera ini telah dipersetujui di peringkat nasional dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, kerajaan juga dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membeli celoreng baharu kerana celoreng tentera sudah tersedia sebagai sebahagian daripada inventori tentera.