Baru-baru ini, pelajar universiti tempatan yang terkandas di kolej selama sebulan lebih akibat perintah kawalan pergerakan telah dibawa pulang oleh pihak kerajaan. Mesti lega mak ayah dorang sebab dapat tengok anak depan mata kan.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana lah procedure yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan kesemua pelajar terbabit dapat pulang ke kampung dengan selamat.
Akalili Amin, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terlibat dengan perjalanan pulang tersebut telah kongsikan pengalamannya menerusi IG stories yang kemudiannya telah viral di Facebook.
Korang boleh baca perkongsian pelajar ni. Yang paling penting, kesemua mereka diwajibkan untuk menjalani health screening sebelum dibenarkan untuk menaiki bas.
Para pelajar yang dibawa pulang juga akan diberikan surat sokongan kebenaran pergerakan pulang ke kampung untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Dalam borang tu, semua maklumat pelajar ada termasuk lah nama dan nombor telefon waris just in case ada apa-apa terjadi sepanjang perjalanan.
Barang-barang yang akan dibawa pulang oleh pelajar juga akan disanitasi oleh pihak bomba.
Lepas dah sanitize, barulah pelajar dibenarkan untuk menaiki bas. Memang teliti habis dorang ni buat kerja kan.
Kalau pelajar UKM, mereka akan dibekalkan dengan makanan sahur dan biskut raya sekali. Hebat pengurusan UKM ni.
Syabas kepada pihak yang terlibat! Akhirnya pelajar yang terkandas selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Baca: “Biadapnya komen” – Netizen ‘Bitter’ Kutuk Ibu Sebak Bila Tengok Anak Dapat Balik Uni Sebab PKP