in

PKPB: SOP Solat Jemaah Akan Diumum Selepas Dapat Perkenan YDPA

Untitled Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tatacara atau prosedur operasi standard mengenai pelaksanaan solat secara berjemaah di masjid termasuk solat Jumaat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam perutusan khasnya hari ini berkata — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang meneliti perkara tersebut sebelum iadipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri, untuk diperkenankan.


Dan sebaik saja mendapat perkenan, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk umat Islam kembali melakukan solat berjemaah di masjid.

Beliau turut meminta orang ramai memberi sedikit masa kepada pihak berkuasa untuk memperhalusi perkara ini, memandangkan ramai yang sudah mula rindu untuk hadir berjemaah di masjid.

Selain masjid, kerajaan katanya turut akan meneliti SOP khas bagi membenarkan penganut agama lain kembali melakukan ibadat di rumah ibadat masing-masing.

 

Baca: Belum Ada Kata Putus Sama Ada Solat Berjemaah & Jumaat Dibenarkan Atau Tidak

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.