in

PKPB Dilanjutkan Atau Tidak? Semuanya Akan Terjawab Dalam Perutusan Khas TSMY Hari Ini

Untitled Collage 78

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, dah seminggu kita lalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula pada 4 Mei lalu. Ia akan tamat pada 12 Mei ini, dan teka-teki sama ada PKPB akan terus dilanjutkan atau tidak masih belum diketahui.


Pelbagai reaksi diterima daripada rakyat Malaysia ketika PKPB diumumkan pada sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu, oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada yang mempersoalkan, mengapa kerajaan terburu-buru beralih ke fasa seterusnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Keempat masih belum tamat lagi.

Antara dorongan utama PKPB dibuat adalah untuk menggerakkan semula ekonomi Malaysia, yang lumpuh seketika sejak Mac lalu — ekoran penangan pandemik COVID-19 yang dilaporkan bermula dari wilayah Wuhan, China.

Persoalan mengenai status lanjutan PKPB ini bakal terjawab hari ini, dalam satu perutusan khas yang akan disampaikan Perdana Menteri menerusi siaran langsung pada pukul 2 petang nanti.

Exn360Wvcaattfi

Apa pun, teruslah kekal berada di rumah masing-masing dan jangan keluar bersesak-sesak di tempat awam sekiranya tiada sebarang keperluan penting.

Kita tentu tidak mahu menjadi penyumbang kepada statistik jangkitan COVID-19 di Malaysia.

 

Baca: TERKINI: PJ OLD TOWN Dipagar Kawat Duri, Lokasi Terbaharu PKP Disasarkan

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.