in

Pintu Masjidil Haram Dirempuh Kereta, Semua Jemaah Selamat

Untitled Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masjidil Haram dikejutkan dengan satu kejadian mencemaskan apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh Pintu 89 malam tadi.


Menurut laporan Harian Metro, rakaman kamera keselamatan mendapati kereta tersebut dipandu laju sebelum ia merempuh pagar di lokasi berkenaan.

Beberapa rakaman detik kejadian turut dikongsikan melalui Twitter Haramain Sharifain.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sebaik kejadian, pihak keselamatan dilihat bergegas ke lokasi dan menahan pemandu tersebut.

Mereka turut menutup kawasan berkenaan daripada jemaah lain, dan aktiviti lain di Masjidil Haram berjalan seperti biasa selepas itu.

Difahamkan, kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian terbabit.

 

Baca:  “Masjidil Haram & Masjid Nabawi Akan Dibuka Tak Lama Lagi” – Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci

Capture 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.