in

“Masjidil Haram & Masjid Nabawi Akan Dibuka Tidak Lama Lagi”- Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci

Feat 51

Berita gembira buat umat islam di seluruh dunia apabila Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengumumkan yang dua masjid suci umat islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis Covid-19 ditangani.

Pengumuman itu dimuatnaik menerusi twitter HaramainInfo.

Malah beliau berkata penggunaan teknologi moden diaplikasikan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Arab Saudi sebelum ini menghentikan sementara solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah termasuk ibadah umrah, bertujuan bagi mengekang penularan Covid-19.

 

Alhamdulillah..

Baca : BEGINILAH GAZA MENYAMBUT RAMADAN! Gaza Saksikan Bedilan Roket, Darah Dan Airmata Sebagai Pembuka Bulan Mulia.

2 17