in

“Pilih suami bukan sebab harta tapi…” – Isteri Kongsi Pengalaman Nikah Tak Direstui

Syaz Ft 2024 07 23T152121.134

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan sememangnya sesuatu yang sangat indah, namun tidak semua mempunyai pengalaman yang sama.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok di mana seorang wanita berkongsi kisah perkahwinannya yang begitu dramatik namun berakhir dengan gembira.


Perkongsian oleh @yati.7905 di TikTok itu menarik perhatian ramai dan ramai yang terinspirasi dengan ceritanya.

Menurut wanita itu, dia bernikah ketika usianya baru sahaja 21 tahun dan suaminya pula berusia 25 tahun, pernikahan mereka itu tidak direstui oleh keluarga dek kerana umurnya yang masih lagi dikira muda.

“Macam ni lah kahwin tak direstui, nikah tempat nenek, pinjam bilik makcik, isteri pakcik yang make-up, baju pun pinjam. 

Semua ala kadar yang wajib sahaja, hantaran masa tu 7K juga lah, mungkin itu sahaja lah rezeki kami, tak ada sambutan yang meriah, kenduri pun kecil sahaja,” kongsinya.

Wanita itu juga berkata dia sangat bersyukur dikurniakan suami yang penyabar dan usia perkahwinan mereka kini sudah pun mencecah 24 tahun.

Dalam pada itu, dia juga berpesan kepada ibu bapa di luar sana untuk tidak menghalang anak-anak mereka berkahwin dan hanya menasihati mereka, biar anak-anak sendiri yang menentukan kehidupan mereka pada masa akan datang.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.