in

Pihak Berkuasa Didakwa Jerut Anjing Sampai Mati

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia Independent Animal Rescue (MIAR) adalah sebuah NGO yang menyelar tindakan penderaan terhadap haiwan serta sering memberi bantuan atau menyelamatkan haiwan yang didera, sakit atau cedera. Baru-baru ini, pengikut MIAR kongsi gambar sekumpulan anjing yang sudah mati dan meminta MIAR mengambil tindakan lanjut untuk menyiasat perkara sebenar yang terjadi.


Hasil siasatan MIAR, mereka dapati sekumpulan anjing tersebut telah dijerut sehingga mati oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Kes ini telah menaikkan kemarahan netizen terutamanya apabila mengetahui anjing itu semua bukan hanya anjing jalanan, tetapi juga mempunyai penjaga berdasarkan tali yang dipakaikan di leher anjing tersebut. Apa yang lebih menambahkan kemarahan mereka adalah, anak anjing juga turut dijerut sehingga mati.

Tergamaknya mereka!

[sociallocker id=1666]

Anjing2

Anjing3

Pihak MIAR menerima aduan daripada 5 orang saksi kejadian itu. Mereka memaklumkan bahawa anjing-anjing tersebut ditangkap oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan dijerut sehingga mati termasuklah anak-anak anjing. Mereka juga terangkan kejadian itu di mana anjing-anjing itu semua diheret keluar dari lori dan terus dijerut.

MIAR berkata,

“Kejadian itu berlaku di bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Aik Thee dan bangkai anjing-anjing itu diletakkan berdekatan dengan sekolah”.

[/sociallocker]

Anjing4

Anjing5

“Wakil MPKS iaitu Jeffri Manaf, Pegawai Kesihatan di situ sangat angkuh dan biadab ketika kami datang untuk menemui mereka. Beliau menafikan bahawa anjing-anjing itu dijerut sehingga mati, bahkan tidak memberitahu kami bagaimana haiwan itu dibunuh. Beliau kurang pasti dengan perkara itu memandangkan beliau ‘tidak memantau apa yang berlaku di dalam perbadanan itu’.

Anj

“Kami bertanya jika beliau mempunyai surat rasmi dari klinik haiwan yang mengatakan anjing-anjing itu perlu dimatikan, beliau terdiam dan tidak menjawab soalan kami. Kami turut meminta beliau menunjukkan surat dari mahkamah dan permintaan kami tidak diendahkan, jadi kami tidak pasti jika anjing -anjing itu dijaga selepas ditangkap atau terus dibunuh. 

Apabila diminta untuk menunjukkan tempat penyimpanan, beliau membawa kami ke reban ayam dan berkata di situlah anjing-anjing tersebut disimpan. Reban itu kosong dan sudah lama tidak digunakan. Kami dapati beliau menipu kerana MPKS tidak pernah ada tempat penyimpanan yang sepatutnya. Beliau memberitahu bahawa kami boleh lakukan apa sahaja tindakan, mungkin apa yang dimaksudkan adalah tindakan undang-undang”.

Anjing6
reban ayam, tempat di mana mereka sepatutnya menyimpan anjing-anjing itu selama 7 hari

“MIAR berjaya merakamkan kesemua perbualan kami dan yang paling tak boleh diterima apabila beliau berkata “Yang komen di Facebook kamu tu Non Muslim, bukannya Muslim”. kami sangat terkejut dengan kenyataan ini kerana ia menunjukkan sikap tidak profesional beliau sebagai seorang pegawai di mana isu agama disentuh dalam kes ini.

Saksi kini dalam ketakutan jika mereka kehilangan kerja jika MPKS mendapat tahu siapa yang membuat laporan tentang kes ini. Kami tidak boleh berdiam diri sahaja kerana mereka akan terus lakukan kesalahan undang-undang sebegini”.

 

Selepas status ini dimuat naik, ramai pengikut MIAR yang beragama Islam memberi komen untuk mempertahankan agama dan menyelar kenyataan Jeffri Manaf itu,

K1 K2 K3 K4

 

MIAR mengakhiri entri itu dengan meminta orang ramai menghantar email dan menyoal tindakan MPKS ini,

“Tolong hantar email supaya mereka memberi jawapan tentang bagaimaana/siapa yang membunuh anjing-anjing ini? Tanya juga kepada mereka, adakah wakil ini berada di tempat kejadian dan memantau keadaan ketika itu. Tanya mereka di mana tempat penyimpanan dan berapa banyak anjing yang telah ditangkap dan adakah anjing-anjing itu dijaga? Dimanakah undang-undang?”

 

Tiada kena mengena dengan agama, haiwan sememangnya tidak harus dizalimi. Diharap tiada kes sebegini lagi di masa akan datang tidak kira anjing atau apa haiwan sekali pun.

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.