Sebuah kapal udara yang dikatakan kapal terbang yang terbesar di dunia dijadualkan akan mulakan operasi membawa penumpang pada tahun 2025. Lapor Daily Star semalam.
Pesawat terbesar di dunia, Airlander 10 ini diberi nama jolokan ‘punggung terbang’ hal ini kerana bentuk pesawat ini menyerupai seakan-akan ‘punggung manusia’.
Pada tahun 2017, prototaip pesawat sepanjang 97.5 meter itu dikatakan terhempas di lapangan Cardington, Bedfordshire. Hal ini menjadi tanda tanya pada syarikat penerbangan sama ada pesawat ini akan kembali beroperasi.
Tetapi dalam kemas kini terbaru, pengeluaran Hybrid Air Vehicles (HAV) mengatakan bahawa pesawat jenis Zeppelin moden itu sudah bersedia untuk operasi sepenuhnya.
Syarikat terbabit berkata lagi, mereka menjangkakan akan mempunyai tiga buah Airlander 10 yang bersedia untuk terbang pada tahun 2023 dan membawa penumpang sepenuhnya pada 2025.
Pelanggan Airlander 10 bakal merasai pengalaman penerbangan yang sangat berbeza. Walaupun perjalanan udara seperti berada di dalam airborne coach, mereka akan mengalami sesuai yang lebih menyerupai restoran terbang.
Beberapa bar yang mempunyai pelbagai jenis hiburan juga turut dirancang. Penerbangan mewah itu juga menyediakan pemandangan panorama di bahagian bawah pesawat.
Bagi yang mengejar masa, pesawat ‘punggung terbang’ ini tidak sesuai kerana kelajuannya tidak sama dengan pesawat-pesawat lain iaitu akan terbang sekitar 500mph sedangkan pesawat Airlander 10 hanya terbang 80mph yang lebih tenang.
Menurut penyelidikan HAV, kelajuan bukanlah ciri yang penting bagi penumpang pesawat itu malah mereka mementingkan keselesaan.
Habis kes Covid-19, min nak try lain tapi lepas min kaya la hehehe.
Baca: Kamera Iphone Boleh Rosak Jika Terdedah Kepada Getaran Seperti Dari Motosikal Berkuasa Tinggi