in

Pertahan ‘Kehormatan Diri’ Dari Dicabul Kekasih, Gadis 19 Tahun Berdepan Hukuman Gantung

Wanita Pertahan Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehormatan seorang individu itu perlu dijaga tidak kira dalam apa situasi sekali pun, ia mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak tetapi buat mereka yang mempunyai pendirian teguh ianya adalah sesuatu yang amat penting.


Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nama baik serta maruah sesebuah pihak atau individu.

Hari ini, seorang remaja perempuan yang baru berusia 19 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya minggu lepas.

Menurut laporan Astro AWANI, difahamkan tiada pengakuan direkodkan malah tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret R. Salini.

Ye Jinghan T5Rox1Jajzu Unsplash
Gambar hiasan

Dalam kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan niat sehingga menyebabkan kematian Yap Kelly yang merupakan kekasihnya pada 20 September lalu.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana dia menentang kemahuan mangsa yang ingin melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya dan mahkamah menetapkan 6 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Semoga keadilan berpihak kepada yang benar…

Baca: Gara-gara Ingin Putuskan Hubungan, Lelaki Tekup Kekasih Dengan Bantal Hingga Maut

Tekup Muka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.