in

Perselisihan Dengan Ahli Sindiket Dadah Jadi Punca Ejen Kosmetik Kena Culik

Ejen Kosmetik Culik Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, heboh di media sosial apabila kes penculikan seorang ejen kosmetik dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa.


Penculikan bersenjata itu menimbulkan kegusaran serta persoalan daripada netizen, malah ada sumber yang mengatakan wanita tersebut dilarikan ke negara jiran, Thailand.

Ejen produk kosmetik dilarikan beberapa lelaki TUMPAT: Seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilapor dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.Warisnya yang enggan dikenali, ketika dihubungi, mendakwa tiga lelaki itu datang ke rumah sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam."Pintu dibuka oleh mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta."Tiga lelaki itu didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah, selain mengugut jika mereka buat apa-apa tindakan."Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau 'Rambo' menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan," katanya.Dia berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor, iaitu kawasan sempadan negara, menyebabkan suami mangsa bergegas ke sana, namun isterinya gagal ditemui."Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ."Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini. Apa yang kami tahu, Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini."Tidak pasti jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik. Ibu dan bapa mangsa masih terkejut, bersedih dengan kejadian ini," katanya memaklumkan mereka turut solat sunat hajat berdoa Rosnazirah ditemukan selamat.Terdahulu tular rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi 2 minit 51 saat memaparkan kejadian penculikan itu.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika mengesahkan polis menerima laporan berkaitan kejadian itu, berkata siasatan lanjut sedang dibuat dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.Sumber: BH Online (14 September 2022)Kiriman Info: Noor Azam

Posted by Tingkapdaily on Wednesday, September 14, 2022

Hari ini, Harian Metro melaporkan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun membuat kenyataan di mana siasatan awal pihak polis mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Disebabkan itu, wanita tersebut menjadi mangsa penculikan oleh tiga lelaki yang dirakamkan itu dan polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam untuk siasatan lanjut.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya.

Sebelum ini, rakaman CCTV rumah mangsa telah tular yang menunjukkan wanita yang dikenali sebagai Rosnazirah Mohd. Naim diculik oleh tiga lelaki yang bersenjata dan dibawa lari menggunakan sebuah kereta Toyota Vios.

Baca: [VIDEO] Tular Rakaman CCTV, Wanita Diculik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Untitled Design 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.