in

[VIDEO] Tular Rakaman CCTV, Wanita Diculik Tiga Lelaki Bersenjata Di Tumpat

Untitled Design 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai ejen kosmetik dilaporkan telah hilang selepas diculik tiga orang lelaki yang bersenjata.


Kejadian yang dipercayai berlaku di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan itu terjadi pada kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa penculikan itu dikenali sebagai Rosnazirah Mohd. Naim, dia disyaki telah dibawa lari oleh tiga orang lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, video rakaman penculikan itu telah tular dalam laman sosial Facebook.

https://www.facebook.com/tingkapdaily/videos/773539167037101/

Waris mangsa yang tidak mahu dikenali, mendakwa tiga lelaki itu datang ke rumah dan seorang daripada mereka sempat mengetuk pintu dan memberi salam.

“Pintu dibuka oleh mangsa dan lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mangsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta.

Tiga lelaki itu didakwa turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah, selain mengugut jika mereka buat apa-apa tindakan.

Bapanya yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’ menyebabkan bapa mangsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan polis telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan, berkata siasatan lanjut sedang dibuat dan dinasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Semoga mangsa cepat ditemui…

Baca: Sanggup Terbang Ke Filipina Untuk Jumpa ‘Kekasih Online’, Wanita Tak Sedar Rupanya Jadi Mangsa Culik

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.