Bagi mereka yang mengikuti perkembangan bola sepak antarabangsa, mesti korang tahu sebelum ini skuad kebangsaan Malaysia telah dikalahkan oleh pasukan Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.
Skuad Garuda kemudiannya berjaya mara ke peringkat akhir setelah menewaskan pasukan Singapura dengan agregat 5-3.
Sehubungan dengan itu, pertubuhan bomoh di Indonesia (Perdunu) telah menganjurkan satu upacara khas untuk meminta skuad Garuda mudah menentang pasukan Thailand dalam perlawanan pertama pusingan akhir Piala AFF.
Sampai main bomoh!
Menurut Detik News, upacara khas itu diipanggil “Samar Wulu”, di mana pengurusi Perdunu iaitu Abdul Fatah Hasan memaklumkan bahawa ia berfungsi untuk menghindari sebarang nasib malang dalam perlawanan tersebut, sekaligus memohon kemenangan ke atas pasukan Indonesia.
Upacara itu dijalankan di ‘ibu pejabat’ Perdunu oleh kerana mereka dikatakan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Majoriti daripada upacara tersebut tidak ditayangkan kepada umum, namun doa pengakhiran dari Perdunu disiarkan secara langsung supaya orang ramai dapat menyertainya.
Untuk peristiwa besar macam perlawanan bola sepak, kita perlu mengadakan upacara itu di ibu pejabat dan akan melibatkan ramai orang.”
Jampi tak ‘lut’, Indonesia tumpas 4-0 pusingan pertama
Malang sekali bagi Perdunu dan warga Indonesia, skuad Garuda itu kalah 4-0 pada pusingan pertama perlawanan akhir menentang pasukan Thailand. Alamak, salah jampi ke tu?
Dalam perlawanan tersebut, pemain tengah bahagian serangan Thailand iaitu Chanathip Songkrasin berjaya meledakkan gol pembukaan seawal 2 minit separuh masa pertama dimulakan.
Chanathip kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke 52, diikuti dengan dua gol akhir dari Supachot Sarachat dan Bordin Phala, menjadikan peluang Indonesia untuk bangkit membuat comeback di pusingan kedua final semakin tipis.
Kedua-dua pasukan Indonesia dan Thailand akan berentap sekali lagi pada hari Tahun Baru jam 8.30 malam di Stadium Nasional Singapura.
Tidak menjadi nampaknya apa yang dihajati oleh Perdunu melalui ritualnya. Siapa tahu, mungkin mereka akan buat ritual yang lebih dahsyat untuk perlawanan pusingan kedua esok?
Baca: “Sekali Upin Ipin kena bahan” – Tersingkir Piala AFF, Twitter Rasmi FAM Diserang Fans Garuda