Perogol dan penjenayah semakin melampau! Baru-baru ini polis menerima laporan tentang dua pengasuh perempuan di sebuah taska dirogol oleh dua perompak yang memecah masuk ke dalam taska yang terletak di Pandan Indah itu.
Menurut World of Buzz, dua lelaki tersebut pada asalnya hanya mahu merompak tadika itu namun selepas ternampak dua staf yang menetap di situ, mereka tidak dapat menahan diri dan terus merogol kedua-dua mangsa.
Selepas itu, mereka mencuba untuk menghapuskan ‘bukti’ yang ada pada mangsa dengan menyimbah cecair peluntur di atas badan mereka. Kedua-dua mangsa dilaporkan tidak tercedera dan melaporkan kejadian yang membuatkan mereka trauma itu kepada pihak polis.
Pihak polis mengesahkan bahawa insiden itu berlaku pada 14 Julai kira-kira jam 4 pagi dan kedua-dua perogol itu berjaya melarikan diri bersama satu telefon bimbit dan televisyen.
Siasatan dijalankan dan polis memberitahu bahawa mereka berjaya menahan tujuh suspek, enam lelaki dan seorang wanita. Suspek berusia di antara 27 hingga 45 tahun, dan kebanyakan daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
Menurut MMO, telefon bimbit yang dicuri perompak dari tadika itu telah dijumpai bersama kumpulan penjenayah itu. Ha kan dah kantoi!
Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang semalam untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Tunggulah kau hukuman yang menanti!
Baca: Pelajar IPTA Rogol Gadis dan Beri Minum Air Bikarbonat Untuk Matikan Sperma