in

Pernah Viral Mirip Suara TokTi, Netizen Suka Tengok Dua Pemuda Ini ‘Battle’ Lagu Siapa Tak Mahu

Duet2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila disebut nama Siti Shower mesti semua ingat apabila ada seorang pelajar yang pernah viral apabila video dia menyanyi dalam bilik mandi hostel lelaki yang mirip dengan suara penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi)


Tak lama kemudian, wujud lagi seorang remaja yang lebih dikenali sebagai Amsyar Lee kerana dia juga  mempunyai kebolehan dalam meniru suara TokTi. Meh min tunjuk sikit video pertama yang buatkan diaorang viral.

 

#Throwback Siti Shower & Amsyar Lee mula famous sebab Tok Ti

Siti Shower :

Kedua-dua mereka ini mula viral di Twitter sejak tahun lepas, selepas video dibawah ini tular. Muhammad Nor Adam Ziqril mendapat perhatian ramai pihak, dia dipanggil menerusi program Motif Viral dan mendapat panggilan di radio era.

Sejak dari itu namanya semakin di kenali dalam media sosial mula menghiburkan orang ramai dengan suaranya yang persis TokTi, bukan sahaja menyanyi malah bercakap pun saling tak tumpah.

Amsyar Lee :

Tak lama lepas Siti Shower menonjol, muncul pula Muhammad Amir Syafiq Bin Sadri atau lebih mesra dengan panggilan Amsyar Lee.

Videonya juga mula viral di Twitter tahun lepas sebab bakatnya mengajuk buat suara seperti TokTi dirakam oleh pensyarahnya sendiri.

Malah, baru-baru ini namanya makin mula dikenali kerana bukan sahaja Tok Ti, Amsyar juga boleh ajuk suara beberapa orang penyanyi wanita lain seperti Dayang Nurfaizah, Elizabeth Tan, Ning Baizura dan macam-macam lagi.

In case kalau korang lupa, video dibawah ini adalah mulanya Amsyar jadi viral.

 

‘Battle duet’ dekat TikTok

Min tak sure mereka pernah bersua atau tidak, tapi ‘perjumpaan’ mereka menerusi video TikTok ini sekali lagi memukau netizen di Twitter.

Gabungan suara Siti Shower dan kebolehan Amsyar Lee berduet lagu TokTi ni buatkan warganet terpegun dan rasa macam tak ada beza dengan TokTi nyanyi.

‘Battle duet’ itu terjadi selepas Siti Shower ada buat video untuk pengguna lain ajak nyanyi sama-sama lagu terbaru Siapa Tak Mahu. Challenge itu disambut oleh Amsyar Lee dan terus dapat perhatian serta menghiburkan netizen.

 

The matured and happy voice of Dato Siti – Netizen

Ct Ct2 Ct3 Ct4 Ct5

Wow, tapi kalau pejam mata memang macam TokTi yang nyanyi lagu ni kan?

 

Baca : “Tak edit, ni memang real punya” – Ramai Terpegun Lelaki Ni Mampu Buat Suara Tokti The Legend!

Amsyar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.