in

“Pernah tengok dlm Upin Ipin”- [VIDEO] Netizen Teruja Tengok Aksi Ultraman Ribut Bersilat & Pakai Songket

Ft Ultraman Ribut Bersilat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Daripada hanya satu ‘watak undangan’ dalam animasi Upin & Ipin, siapa sangka ia kini telah menjadi tumpuan utama dalam salah satu siri adiwira yang terkenal di Jepun malah seluruh dunia, Ultraman.


Ultraman Ribut, berkonsepkan elemen Melayu Nusantara di mana ia menggunakan teknik silat untuk melawan raksasa.

 

Kemunculan awal dalam Upin & Ipin

Pada 2 tahun lepas, syarikat produksi untuk Upin & Ipin, Les’ Copaque Productions ada bekerjasama dengan Tsuburaya Productions (syarikat yang mengendalikan siri Ultraman) untuk menjayakan watak Ultraman dalam episod siri animasi itu.

Maka terceruslah Ultraman Ribut dalam episod 25 hingga episod 27 pada musim ke-8 dan episod 28 ke 30 dalam musim ke-9 Upin dan Ipin sebelum muncul dalam bentuk live action di Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes, lapor sumber.

Dengan menggunakan seni silat, Ultraman Ribut  dalam siri Ultraman Trigger: New Generation Tiga, episod 14, “The Golden Threat” baru-baru ini dan ia sekali lagi jadi tumpuan netizen di Malaysia.

Malah, kali ini membuatkan netizen terpukau adalah bukan sahaja melihat Ultraman itu bersilat, pelakon yang memegang watak Ultraman Ribut itu, mengenakan pakai songket ala-ala Melayu Nusantara.

Jom kita layan dulu full episode kat sini, dan fokus pada minit ke 24.

 

Memandangkan watak Ultraman Ribut ini telah menjadi rasmi dalam liga Ultraman, ia kini sudah menjadi tumpuan netizen di mana mereka rasa teruja dan bangga apabila melihat elemen Melayu Nusantara diselitkan dalam siri terkenal dari negara terbit matahari itu.

Bukan itu sahaja, dilihat seperti ramai netizen dari negara lain suka style Ultraman Ribut berlawan (silat).

 

Saya datang sebab Ribut – Netizen

Ultraman Ribut Bersilat Ultraman Ribut Bersilat 2 Ultraman Ribut Bersilat 3 Ultraman Ribut Bersilat 4 Ultraman Ribut Bersilat 5Png

Teruja sangat min tengok, rasa comel pun ada. Apapun, harap Ultraman Ribut ada series dia sendiri.

 

Baca : “Covid lagi bahaya dari raksasa” – [VIDEO] Aksi Individu Pakai Kostum ‘Ultraman’ Masa Cucuk Vaksin, Jadi Tumpuan Warganet

Fi Ultraman Cucuk Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.