Petinju wanita Algeria yang pernah mencetuskan kontroversi berkenaan gender di pentas Olimpik Paris 2024, Imane Khelif telah dinobatkan sebagai juara semalam.
Khelif telah menewaskan Yang Liu dari China dalam perlawanan akhir tinju kategori welterweight sekaligus merangkul pingat emas pertama wanita Algeria dalam sukan tinju.
Artikel berkaitan: Peninju Wanita Itali Mohon Maaf Pada Imane Khalif
Artikel berkaitan: Bimbang Hidung Patah, Petinju Wanita Itali Tarik Diri Lepas 46 Saat Bertarung Dengan Lawan Didakwa ‘Lelaki’
Memetik laporan Berita Harian, Khelif amat berbangga dengan pencapaian beliau di pentas Olimpik Paris 2024. Mengenang kembali susah payah yang terpaksa dilalui selama 8 tahun sebelum merangkul pingat emas, atlet berusia 25 tahun itu sangat bersyukur berjaya menewaskan lawannya.
Ini adalah impian saya. Lapan tahun, impian saya. Saya juara Olimpik, pemenang pingat emas. Saya sangat gembira. Lapan tahun saya berusaha.”
Beliau turut menyifatkan kemenangan yang diraih ini adalah jawapan terbaik untuk mereka yang cuba menjatuhkan dan menentangnya dengan isu gender. Tambah beliau lagi, beliau dilahirkan sebagai seorang wanita dan dibesarkan sebagai seorang wanita.
Nama Khelif hangat diperkatakan sepanjang Olimpik Paris 2024 berlangsung. Ini berlaku selepas petinju dari Itali menarik diri ketika berdepan Khelif kerana mendakwa petinju Algeria itu adalah seorang lelaki.
Petinju Itali itu menarik diri selepas berdepan Khelif selama 46 saat dalam gelanggang.