in

Trending #JusticeForBella, Ini Kronologi Kes Kanak-kanak Malang Tersebut

Fi Bella

Sejak semalam, trending di Twitter #JusticeForBella, ekoran kejadian malang seorang kanak-kanak yang didakwa telah didera dengan teruk oleh pengasuhnya. Gambarnya semasa ditemui amatlah meruntun jiwa kerana dalam tempoh setahun, kondisinya amatlah berbeza.

Jom ikuti kronologi tentang kejadian ini..

 

Didakwa anak yatim piatu… Bawa ke Negeri Sembilan

Adik Bella merupakan kanak-kanak berusia 13 tahun dan menghidap penyakit Down Syndrome. Dimaklumkan bahawa dia adalah anak yatim piatu, tapi tak dapat disahkan, sehinggalah ada individu yang laporkan tentang Bella kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kemudiannya, pihak JKM mengambil adik Bella dan dia ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan, sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.

Lalu dia dibawa ke mahkamah untuk disambung perintah penjagaan di rumah tersebut, dan ketika itulah dia berjumpa dengan Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda (RB). Akhirnya, Siti Bainun berminat dan memohon untuk menjaga Bella. Maka, Bella pun ditempatkan di RB selama beberapa bulan.

Akhi 4 Edit Akhi 5

Akhi 1 Akhi 2 Akhi 3

 

Rumah Bonda 

Apa yang memusykilkan, difahamkan RB ini menempatkan gadis yang pernah melalui pengalaman buruk antaranya yang hamil anak luar nikah atau tidak sah taraf. Walau bagaimanapun, Bella sempat menetap di sana selama 4 bulan, sebelum di bawa oleh Siti Bainun ke sebuah unit kondominium miliknya.

Oleh sebab itu, para sukarelawan di rumah jagaan berkenaan dah terputus hubungan dengan Bella dan hanya sempat berjumpa dengannya sekitar awal tahun yang lalu.

Namun agak mengejutkan apabila difahamkan yang Bella ada memberitahu dia tak nak berada di sana, bagaimanapun para sukarelawan RB tidak boleh berbuat apa-apa.

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lalu, penghuni RB dan kanak-kanak di kondominium tersebut perlu di kuarantin selepas Bainun dipercayai positif Covid-19.

 

Jumpa Bella dalam keadaan menyayat hati.

Disebabkan itu, semua sukarelawan confuse, kenapa anak-anak di kondominium tersebut tak dihantar ke hospital walaupun menjadi kontak rapat kepada Bainun. Maka, mereka pun pergi ke tempat berkenaan dan terbongkarlah keadaan sebenar yang terjadi pada Bella selama ini.

Beberapa buah video ada dimuat naik, boleh tengok dengan klik di sini.

Fi Bella 3 Edit

Ya Allah, sayu hati min tengok keadaan adik Bella.

 

Bella positif Covid-19

Selepas Bella ditemui, dia terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh seorang sukarelawan yang menjumpainya untuk diberikan rawatan. Perkara itu telah dimaklumkan kepada penasihat Rumah Bonda yang juga seorang aktivis kemanusiaan, Syed Azmi, namun tiada tindakan lanjut olehnya.

Menurut sukarelawan tersebut, Bella rupanya akan dipukul tiap-tiap pagi dan tak diberi makan sampailah dia disumbat ke dalam stor.

Paling mengejutkan, apabila didapati Bella turut positif Covid-19 tapi tak nak didedahkan oleh penjaga di situ. Laporan polis dibuat 24 Jun lalu.

 

Bella 1 Bella 2 Bella 3 Bella 4

 

Walaupun laporan dah dibuat, tapi masih belum ada tindakan diambil. Sampailah dibongkar sendiri oleh seorang wanita dikenali sebagai Mona Din.

Dia turut mendedahkan perbualannya bersama penasihat Rumah Bonda, Syed Azmi sendiri.

 

Bella 8 Bella 9

Bella 10 Bella 11

 

Susulan daripada itu, Siti Bainun telah di tahan oleh pihak polis, namun dibebaskan oleh jaminan pihak polis sendiri. Syed Azmi turut tampil dan berikan penjelasan.

 

 

Bella 6

Bella 7

 

Rumah Bonda tak didaftarkan

Rupa-rupanya RB ini tak didaftarkan, serta hak penjagaan Bella telah dilucutkan oleh YB Rina Harun sendiri.

Bella 12 Bella 13

 

Di samping itu, timbul juga kekeliruan terhadap bagaimana seorang wanita berumur 28 tahun masih bujang diberikan hak untuk menjaga anak-anak yang ramai.

Bella 14 Bella 15

 

Semoga keadilan diberikan kepada adik Bella ini. Sayu hati bila tengok keadaan dia.

 

Baca : #JusticeForBella! Selebriti Malaysia Tunjuk Solidariti, Mahu Pelaku Diambil Tindakan

Foot Bella

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter