in

Perkongsian Lelaki Ini Tentang Kemanisan Bercinta Lepas Kahwin Undang Perdebatan Ramai

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang individu ada bertanyakan soalan kepada umum berkenaan tips percintaan yang boleh diberikan kepada orang muda. Ramai yang membalas ciapan tersebut dengan pengalaman peribadi dan tips percintaan yang mereka ketahui.

Seorang penceramah yang dikenali sebagai Aiman Psikologi turut menyuarakan pendapat berkenaan soalan tersebut.


“Unpopular opinion:

Kahwin dulu baru dating.

Bukan setakat lebih halal/berkat, malah dapat pahala lagi, walaupun sekadar pandang muka pasangan waktu dating tu.”

Fuz6Uduuuaah06R

Jelas individu ini, dia berpendapat bercinta selepas kahwin adalah satu idea yang menarik dan ada keindahannya yang tersendiri. Malah, fasa percintaan itu lebih halal dan berkat, serta boleh mendapat pahala.

Bagaimanapun, pandangan peribadi penceramah ini ternyata kurang disenangi oleh beberapa pohak yang beranggapan ini adalah satu nasihat yang tidak baik kepada kaum wanita.

Kuasa cerai ada pada lelaki

Menurut seorang wanita, dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyarankan agar pasangan bercinta selepas kahwin kerana ia akan lebih menyukarkan kehidupan pasangan wanita.

Sambung wanita ini, seseorang wanita itu perlu mengenali pasangannya terlebih dahulu sebelum berkahwin. Bercinta selepas kahwin akan membuatkan mereka tidak boleh lari jika berlaku apa-apa kerana sudah terikat secara sah.

Ddd

Hubungan intim sebelum kahwin untuk kenal pasangan dengan lebih dekat

Wanita tersebut turut berkata seseorang itu perlu mengenali pasangan mereka dengan lebih dalam sebelum berkahwin agar tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku selepas kahwin kelak.

Untuk itu, wanita ini berkata dengan melakukan hubungan intim sebelum kahwin adalah perlu sebagai salah satu cara untuk mengenali pasangan. Sebagai contoh, seseorang itu boleh tahu adakah pasangan mereka tidur berdengkur jika mereka menetap bersama sebelum berkahwin.

W 1

Ramai tak setuju dengan pandangan wanita tersebut

Bagaimanapun, ramai warganet yang menyangkal kenyataan wanita tersebut apabila dia mencadangkan agar pasangan perlu membuat hubungan intim sebelum berkahwin untuk mengenali hati budi masing-masing.

Ada juga yang menekankan istilah Taaruf di dalam Islam di mana ia adalah sebuah sesi perkenalan yang biasanya dilakukan dengan maksud atas tujuan tertentu. Taaruf sering dikaitkan dengan usaha perkenalan dengan tujuan untuk mendapatkan jodoh atau pasangan.

Adakah bercinta selepas kahwin masih lagi relevan pada hari ini, apa pendapat anda?

BACA: Psycho! Wanita Serang Suami Isteri Dengan Pedang Samurai Sebab Enggan Buat Hubungan Intim

Capture 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.