in

“Pergi jadi frontliner dulu!” – PDRM Siasat Doktor Bagi Info Salah Pasal Vaksin, Frontliners Pun Marah!

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 7 Februari lalu, pengasas The Sky Clinic, Dr Roland Victor telah memuat naik video mengenai vaksin Covid-19. Dalam video tersebut, doktor ini telah memberikan informasi tak tepat mengenai vaksin Pfizer dan juga turut berkata dia lebih sanggup dijangkiti virus Covid-19 daripada ambil vaksin.


Saya tak cakap jangan ambil vaksin. Itu terpulanglah… Tapi saya rasa saya lagi sanggup dijangkiti virus, selsema dan batuk untuk dua tiga hari dari ambil vaksin.”

Malangnya video berdurasi 56 minit ini telah menjadi “bahan” untuk golongan anti vaksin menakut-nakutkan orang serta menghasut orang supaya tak mengambil vaksin.

6967

“Pergi MAEPS, minta kerja dekat Hall B. Baru boleh tengok macam mana teruknya pesakit Covid.”

Menerusi Twitter, seorang doktor, Azman Abdullah yang juga merupakan frontliner yang merawat pesakit Covid-19 telah kongsikan tangkap layar dia jawab balik video yang dimuat naik oleh Roland itu.

Saya kerja sepanjang malam, sekarang saya perlu habiskan pagi saya (yang sepatutnya boleh digunakan untuk tidur) betulkan maklumat yang salah di IG dan YouTube.”

“Saya doktor KKM, bekerja secara terus dalam merawat pesakit Covid. Setiap hari saya berdepan dengan risiko dijangkiti. Saya dah baca semua tentang vaksin dan faham kesemuanya.

Memang ada kesan sampingan, tapi ianya hanya sementara dan hanya berlaku dalam kadar yang sangat rendah.

Vaksin ini selamat! Saya sendiri sanggup tawarkan diri untuk vaksin ini. Kenapa tak cakap tentang perlindungan yang diberikan oleh vaksin Pfizer ni? Macam mana awak boleh cakap dapat Covid lagi selamat dari ambil vaksin Pfizer?”

Selsema dan batuk dua hari, kemudian okay? Ini pemahaman awak tentang Covid? Roland, tolong pergi ke MAEPS dan minta untuk kerja di Hall B. Dorang perlukan orang sekarang. 

Dekat sana awak boleh tengok sendiri macam mana keadaan sebenar pesakit Covid. Saya cakap ni sebab saya kerja di sana.”

Screenshot 2021 02 19 At 3.54.12 Pm Side 1

Screenshot 2021 02 19 At 3.54.31 Pm

Selain itu, seorang ahli farmasi juga turut komen video yang dimuat naik ini mengatakan yang Roland tak berikan penjelasan penuh mengenai vaksin dan meminta agar lelaki ini memadam video tersebut sebagai tanda menghormati frotliners.

Awak sebagai doktor sepatutnya tak buat macam ni dekat kawan-kawan awak yang terpaksa pakai PPE lebih 8 jam sehari untuk lawan musuh tak nampak ni. Apa yang awak buat ni lebih banyak buruk dari baiknya.

Tolong padam video ni kalau awak ada perasaan simpati dalam diri dan sebelum lesen awak ditarik hanya kerana video ini.”

PDRM siasat Roland

4416

Ekoran dari video tular ini, pemilik klinik kecantikan ini telah pun diminta memberi keterangan di IPD Sepang dan turut memberi penjelasan kepada media yang ada di sana, lapor Harian Metro.

Video berdurasi 56 minit yang dikongsi itu hanya menjelaskan risiko yang dihadapi pengguna dan bukannya untuk menakut-nakutkan mereka.

Sebagai doktor perubatan saya hanya beri pandangan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin terhadap orang ramai.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengatakan yang pihak polis hanya menerima satu laporan mengenai video tersebut dan ianya akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Baca: “Jangan bising pulak lepas ni” – PM Cadang Pihak Berkuasa Hadkan Pergerakan Individu Yang Tolak Vaksin

Collage 35

 

Sumber: Facebook
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.