in

“Perghhh saiz 55 inci!” – Astro Nak Bagi 51 Buah TV 4K UltraHD PERCUMA Sempena EURO 2020, Mudah Je Cara Nak Menang!

Kalau korang kaki bola, mesti korang excited macam admin sebab tak lama lagi akan berlangsung EURO 2020! Dalam keadaan pandemik melanda, siapa kata kita tak boleh nak enjoy tonton perlawanan bola walaupun hanya di rumah?

Astro kini menawarkan ‘Pengalaman Tontonan Terbaik Astro’ bagi semua pelanggan pek sukan untuk saksikan kesemua 51 perlawanan EURO 2020 secara langsung dalam versi 4K UHD di Ultra Box.

Menarik kan? That’s why korang kena teruskan baca artikel ini sebab guarantee tak akan menyesal. Ini 3 benda yang korang perlu tahu tentang tawaran Astro sempena dengan acara sukan berprestij, EURO 2020.

 

1. Pelanggan Pek Sukan yang layak dapat FREE upgrade*

Semua pelanggan Pek Sukan Astro akan mendapat akses EURO 2020 secara percuma dan pelanggan yang layak boleh naik taraf ke Ultra Box untuk tonton perlawanan dalam versi 4K secara percuma. Azlin Arshad, Pengarah Komersial Astro berkata tawaran itu adalah untuk memberi pelanggan setia Astro rasai the best experience ketika menonton EURO 2020 yang akan membuka tirai secara rasmi pada 12 Jun nanti.

Pelanggan Pek Sukan Astro berhak merasai pengalaman tontonan terhebat apabila menyaksikan acara sukan berprestij, justeru kami dengan berbesar hati menawarkan mereka ‘Pengalaman Tontonan Terbaik Astro’.”

*Mengikut terma dan syarat

 

2. Satu TV diberikan PERCUMA setiap hari jika anda mendaftar di acara

Astro akan mengadakan aktiviti bersempena dengan keterujaan perlawanan EURO 2020 nanti dan kalau korang nak sama-sama rasa excitement tu, boleh datang ke pusat membeli belah Sunway
Pyramid (Blue Atrium).

Aktiviti ini diadakan 4 hari berturut dari 1 hingga 4 April 2021 dan korang boleh rasai pengalaman tontonan terhebat dengan produk-produk inovatif Astro seperti Ultra Box, Ulti Box, Astro GO dan Astro Broadband.

 

3. 51 buah TV 4K diberi secara PERCUMA 

Bagi semua pelanggan Pek Sukan, tahu tak korang berpeluang menang sebuah televisyen 4K tau! Kalau belum langgan Pek Sukan pun korang masih boleh sign up di sana dan berpeluang untuk menang.

Jangan terkejut, tapi bersempena dengan 51 perlawanan itu Astro menawarkan 51 buah televisyen 4K UHD Smart TV bersaiz 55 inci sebagai hadiah utama. Siapa taknak TV free kan!

Kalau korang melanggan pek ini, korang memenuhi kriteria dan berpeluang untuk MENANG:

  • Starter Pack + Sports (Add on), Value Pack + Sports (Add on), Super Pack Lite Movies + Sports (Add on), Sports Pack Lite Sports, Super Pack, Super Pack Plus atau sebarang pakej sukan yang bersamaan

Bukan itu saja, selain menonton menerusi Ultra Box iaitu di dua saluran khas (saluran 810 dan 809), pelanggan pek Sukan juga boleh strim perlawanan bola menerusi platform Astro GO. EURO 2020 akan bermula secara rasmi pada 12 Jun akan datang dengan perlawanan pembukaan di antara
Turki dan Itali pada jam 3.00 pagi (waktu Malaysia).

Astro akan memulakan siaran seawal 1 Jun melalui dua platform itu dengan menyiarkan siri perlawanan kelayakan, sorotan-sorotan menarik, perlawanan persahabatan dan program-program berbentuk majalah. Selain itu, untuk pelanggan yang mempunyai Ultra Box, saluran 781 dan 782 hanya akan menyiarkan perlawanan secara live dan ulangan sahaja.

Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Excited tak? Kalau korang tak langgan Pek Sukan tu, sempat lagi nak sign up. Mana tau dapat free TV!