in

“Percutian ke alam barzakh ke?” – Lelaki Kena Scam Bayar Deposit Untuk Sewa Homestay Tapi Dapat Alamat Tanah Perkuburan

dd 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat untuk membawa keluarga bercuti ke inap desa tiba-tiba musnah dan ‘berakhir’ dengan destinasi di tanah perkuburan.

Itulah pengalaman ngeri yang dialami oleh seorang lelaki Azmeer Idham Kamaruzaman, 29, yang diperdaya ‘scammer’ ketika merancang mengadakan hari keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 7 November depan.


d 3 1

 

“Lepas bayar deposit RM300, dipaksa pula bayar lagi RM200” – Azmeer

Kejadian bermula ketika Azmeer memuat naik status mencari inap desa dalam beberapa kumpulan percutian di Facebook (FB). Kemudian dia menerima mesej daripada seorang wanita memaklumkan mengenai inap desa yang dilengkapi kolam renang di Teluk Kemang berharga RM800 semalam.

d1 3

Setelah berbincang, wanita itu meminta deposit RM300 dan dia bersetuju untuk membayarnya selepas melihat beberapa maklum balas di FB. Namun, beberapa hari kemudian, Azmeer didesak untuk membayar RM200.

“Saya diminta menambah RM200 dan jika saya tidak menjelaskan bayaran itu, duit RM300 yang dibayar sebelum ini dikira ‘hangus’.”

“Kerana enggan kerugian, saya bayar RM200 sebelum meminta lokasi inap desa itu dan wanita terbabit memberikan satu alamat,”

 

Tergerak hati untuk pergi ke alamat yang diberi

Azmeer yang menetap di Rembau, tergerak hati untuk meninjau sendiri inap desa itu dua minggu lalu memandangkan perjalanan dari rumahnya di Rembau ke Teluk Kemang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit.

“Saya tiba di lokasi yang diberikan wanita itu kira-kira jam 9 malam dan terkejut apabila mendapati ia adalah kawasan tanah perkuburan.”

d2 2 2

“Apabila dihubungi, wanita itu memberi pelbagai alasan dan enggan berjumpa sebelum talian terputus. Selepas itu saya tidak lagi dapat menghubunginya,”

Susulan kejadian tersebut, Azmeer mengambil langkah untuk tidak membuat laporan polis dan hanya menguar-uar penipuan itu di beberapa kumpulan percutian dan inap desa di FB.

Sumber: Berita Harian

 

Alahai, nasib baik tergerak hati nak pergi tengok. Sekarang ni macam-macam jenis scammer ada. Bukan scammer duit je tau. Lepas ni korang kena lebih hati-hati.

Baca: Menyamar Sebagai Pegawai Polis, Guru Wanita Rugi Lebih RM1.1 Juta Ditipu Macau Scam

d3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.