in

Percaya Cara Ajal Dijemput Sudah Tertulis, Siti Kasim Tak ‘Goyah’ Dengan Ancaman

Siti Kasim Tak Goyah

Baru-baru ini, peguam dan aktivis sosial Siti Kasim memaklumkan bahawa terdapat objek mencurigakan yang didakwa bahan letupan pada kereta miliknya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Polis telah mengesahkan objek terbabit adalah bahan letupan termampat (IED) dan mengatakan kejadian itu adalah jenayah serius kerana boleh dianggap sebagai cubaan membunuh.

Tak goyah dengan ancaman

Menerusi laporan Utusan, Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim menyatakan dirinya tidak goyah walaupun berdepan ancaman yang mungkin boleh meragut nyawa.

Peguam itu berkata, dia tidak terlalu memikirkan tentang kejadian pada Jumaat lalu, sebaliknya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Siti Kasim

Ujarnya, dia percaya semua orang akan mati selain menyifatkan cara seseorang dijemput ajal juga sudah tertulis.

“Saya tidak tahu (mahu cakap), kehidupan saya seperti biasa. Saya perlu sewa kereta sebab kereta saya tidak sempat selenggara.

“Saya rasa kehidupan saya tetap terus seperti biasa, tidak (cenderung untuk) upah pengawal peribadi. Saya rasa macam biasa, mahu fikirkan sangat (ancaman bom) bodohlah kan,” katanya.

Peguam itu menegaskan kejadian itu tidak mematahkan semangatnya sebagai aktivis kerana percaya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Berhubung kejadian itu, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang mencipta bahan letupan yang diletakkan di bawah kereta Siti Kasim itu mungkin mempelajarinya menerusi Internet.

Baca: Polis Buat Andaian Suspek Belajar Dari Internet, Buat Letupan & Letak Bawah Kereta Siti Kasim
Ft Suspek Siti Kasim Belajar Dri Internet