in

“Perangai mcm s*al” – Lelaki Ni Selamba Rogol Budak 7 Tahun Dalam Tandas Tanpa Hirau Mak Jerit Dari Luar

Collage 56

Daily Mail melaporkan, seorang lelaki berusia 21 tahun telah merogol seorang kanak-kanak perempuan dengan brutal di sebuah tandas di Afrika Selatan.

Apa yang lebih menyakitkan hati, ketika lelaki ni merogol budak perempuan berusia 7 tahun itu, ibunya ada di luar tandas cuba untuk selamatkan anaknya.

Ibu ini memberitahu mahkamah yang dia boleh dengar suara anaknya menjerit meminta pertolongan sementara Nicholas Ninow melakukan penderaan seksual terhadap budak tersebut.

Walaupun pekerja-pekerja restoran di sana cuba untuk membantu ibu tersebut tapi tak kesampaian bila mereka hanya dengar Nicholas menjerit di dalam tandas minta untuk jangan diganggu sambil teruskan perbuatannya merogol kanak-kanak itu. Wtf?

Korang nak apa? Jangan kacau aku boleh tak?”

Bila dorang berjaya pecahkan pintu tandas, saksi mengatakan mereka nampak lelaki kejam dan kanak-kanak malang ini dalam keadaan bertelanjang bulat.

Dikatakan, sebelum itu Nicholas memang dah usha budak ni masa dia tengah main di play area restoran tersebut dan mengekor hingga ke dalam tandas.

Nasib baik, ibu dan pekerja restoran tak benarkan lelaki kejam ni lari kerana dorang berjaya menahan dia.

Sekumpulan orang di sana dikatakan cuba untuk menyerang Nicholas tapi pekerja restoran telah mengurung lelaki ini hingga pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Ekoran dari itu, Nicholas telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman sekurang-kurangnya 25 tahun di penjara Afrika Selatan yang dikendalikan oleh gangsters. Padan muka!

Bagaimana pun, semasa perbicaraan, Nicholas cuba untuk merayu mengatakan perbuatannya itu disebabkan oleh pengaruh dadah dan alkohol. So? Peguam Nicholas juga cuba untuk dapatkan hukuman ringan mengatakan yang lelaki ini mempunyai masalah mental. So?

Mujur, selepas ujian dibuat, Nicholas disahkan waras dan mampu menjalani perbicaraan dan hukuman.

Haa, meringkuklah kau dalam penjara sana!

 

Baca: “Patut semua negara buat macam ni” – Lelaki Pedo Pertama Kena Hukum Buang ‘Anu’ Sebab Rogol 9 Budak?

Screenshot 2019 10 23 At 4.12.22 Pm