in

Penyokong Bola Sepak Bayar RM400 Ditipu Ulat Tiket, Gagal Masuk Stadium Kerana Tiket Tidak Sah

Tiket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam berlangsung sudah perlawanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan, Malaysia melawan Thailand yang mana pasukan negara gagal meraih pingat emas apabila kecundang 1-0 dengan pasukan lawan.


Malaysiathai
sumber: fmt

Seperti semua sedia maklum, keghairahan untuk menonton perlawanan bola di Stadium Shah Alam telah menimbulkan kekecohan sehingga ribuan penyokong tidak berjaya mendapatkan tiket. Ulat tiket yang mengambil kesempatan bukan sahaja menjual tiket dengan harga yang tidak munasabah, namun ada di antara mereka juga menjual tiket yang tidak sah!

Seorang pengguna Facebook bernama Ular Pejal Afifi telah memuat naik sebuah status yang menceritakan malang seorang penyokong bola dari Kuching, Sarawak yang mendakwa telah ditipu sebanyak RM400 oleh seorang ulat tiket demi menonton perlawanan akhir bola sepak itu di stadium.

“Kesian brader ni. Mula-mula dia tanya isteri saya (isteri dia minta dia tanyakan) mana beli tudung lawa corak bendera Malaysia. Borak punya borak, muka dia sedih semacam tak gembira.” 

21231043 529923177349789 5670972543325598725 N
sumber: facebook

Menurut Afifi, lelaki itu seterusnya meluahkan masalah yang dihadapinya apabila dia dihalang dari memasuki stadium kerana tiket yang dimiliki tidak dapat disahkan alat pengesan bar code.

“Dia kata tiketnya tak lepas sewaktu hendak masuk ke dalam stadium. Staf stadium pakai bar code scanning pun tak boleh. Tiket yang dibelinya itu PALSU!”

21106592 529923130683127 4435857622220688956 N
sumber: facebook

Mangsa kemudian mengaku yang dia telah membeli tiket tersebut dari seorang ulat tiket di sekitar pasaraya Giant, Shah Alam. Sekeping tiket bernilai RM50. Lalu akibat teruja, dia telah membeli sebanyak lapan keping tiket yang kesemuanya berjumlah RM400!

“Sudahlah datang dari Kuching, Sarawak. Terduduk beliau. Tak terkata apa dah.” 

21192456 529923097349797 7052406623841517613 N
sumber: facebook

Aduhai nasib! 

Malah apabila dibandingkan dengan tiket asal dan tiket yang dimiliki mangsa, Afifi mengesan perbezaan dari segi warna tiket tersebut yang kelihatan sedikit kusam serta penggunaan font yang berbeza. Tanda hologram juga dikatakan tiada pada bahagian hujung tiket.

21105732 529923154016458 5824072270518360958 N
sumber: facebook

“Melampau ulat tiket sekarang sampai jual tiket palsu semata untuk mengaut keuntungan. Hati-hati kawan-kawan di luar sana kalau nak membeli dari ulat tiket.”

“Memang keji kau ulat tiket, mahal satu, lepas tu PALSU pula!” tambah Afifi lagi.

Namun menurut Astro AWANI, seorang pengguna Facebook yang bernama Nor Azianiyati Putit telah menjelaskan bahawa mangsa di dalam post tersebut merupakan abangnya dan masalah yang dihadapi tidak berpunca dari ulat tiket.

“Abang saya dan keluarganya sudah dapat masuk (stadium). Tadi ada masalah pada scanner (pengimbas tiket),” katanya.

Walau bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada pengakuan dari Azianiyati itu benar atau tidak. Malah posting yang dimuatnaik Afifi juga sudah tidak kelihatan.

Manakala seperti biasa, rata-rata netizen yang sedia makum akan isu itu telah mengecam tindakan sesetengah ulat tiket yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Kasihan dengan mangsa yang datang jauh-jauh dari Sarawak, tak pasal-pasal kena tipu pulak!

Komen Netizen
sumber: facebook

Sama-sama kita banteras ulat tiket seperti ini. Kalau boleh jangan beli tiket dari mereka dan laporkan kepada pihak polis jikalau ada kes penipuan seperti berikut. 

Baca: Netizen Mengamuk Ramai Jual Semula Tiket Perlawanan Akhir Bola Sepak RM150 Sekeping

Tiket Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.