in

Penyiasat KKM Temui Peket Racun Tikus Yang Diletakkan Dalam Keropok Dimakan 2 Beradik

Peket Racun Tikus Kes Keropok Beracun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan penyiasat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam telah menemui satu peket racun tikus yang dipercayai diletakkan dalam bungkusan keropok yang dimakan dua beradik, yang mana salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Peket kosong yang tertera tulisan Cina itu ditemui telah dibuka dan dijumpai ketika pasukan penyiasat melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian iaitu di kawasan kebun dan rumah di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.


41720609181 Tbkeropokracun

Menurut sumber, peket racun tikus jenis serbuk itu ditemui berdekatan dengan longgokan sampah.

Dalam pada itu, hasil tinjauan Astro AWANI mendapati, sepasukan polis juga dilihat mengunjungi rumah terbabit tetapi pemiliknya didapati tiada.

Artikel berkaitan: “Ibu reda kalau abang nak pergi” – Mangsa Keropok Beracun Hembus Nafas Terakhir Di Sisi Ibu

Artikel berkaitan: Kes Dua Beradik Makan Keropok Beracun, Abang Meninggal Dunia

Pasukan berkenaan kemudian berada di kawasan itu kira-kira sejam untuk menunggu pemilik rumah berkenaan sebelum beredar.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi, mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya setakat ini.

Walau bagaimanapun, polis sebelum ini sudah mengambil keterangan daripada dua individu berusia 53 dan 34 tahun disyaki meletakkan bungkusan makanan ringan yang mengandungi racun pada dawai besi sekeliling pagar kebun.

Jenazah Muhammad Akil Syauqi sudah dikebumikan

Dalam pada itu, malam tadi, jenazah kanak-kanak lelaki yang maut disyaki termakan keropok beracun, Muhammad Akil Syauqi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan Baling, kira-kira jam 9.45 malam.

Al fatihah buat adik Akil. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber: Astro AWANI, X

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.