in

Penyanyi Maroon 5 Adam Levine Didakwa Curang, Siap Nak Namakan Anak Dengan Nama ‘Mistress’!

Adam Levine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tak kenal kumpulan pop sensasi Maroon 5 yang menempa nama dalam arena muzik antarabangsa sejak awal 2000-an, kan? Lagu-lagu mereka termasuklah Won’t Go Home Without You, This Love serta Memories.



Sebagai info, kumpulan tersebut pernah membuat konsert di Malaysia pada tahun 2012 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Walaupun mereka ini dilihat sebagai kumpulan muzik yang tiada kontroversi, hari ini nama Maroon 5 terpalit dengan gosip vokalisnya Adam Levine yang dikatakan curang dengan isterinya yang sedang mengandung.

Seorang model Instagram mendakwa dia menjalinkan hubungan cinta selama setahun dengan penyanyi itu malah lebih mengejutkan, dia juga mahu menamakan bayinya dengan nama wanita tersebut.

@sumnerstroh

embarrassed I was involved w a man with this utter lack of remorse and respect. #greenscreen

♬ original sound – Sumner Stroh

Sumner Stroh membuat dakwaan itu melalui video TikTok semalam dan setakat ini video itu telah mendapat lebih 11 juta tontonan.

Dalam video yang berdurasi 90 saat itu, Sumner berkata dia ‘bercinta’ dengan vokalis Maroon 5 itu selama kira-kira setahun sebelum dia menghentikan perhubungan dengannya.

“Saya masih muda, saya naif… terus terang saya rasa dieksploitasi,” katanya.

Beberapa bulan selepas mereka berhenti berhubung, Sumner mendakwa bahawa dia tiba-tiba menerima mesej daripada vokalis Maroon 5 itu yang bertanya sama ada dia boleh menamakan bakal anaknya dengan nama ‘Sumner’.

Fuh, macam ni pun boleh ek?

Baca: 4 Teori Konspirasi ‘Merapu’ Pasal Artis Hollywood, Tapi Ada Yang Masuk Akal!

Ft Konspirasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.