in

[PENTING] PKP Diperketatkan Di 8 Kawasan Sekitar Kuala Lumpur Sehingga 3 Mei

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas gambar kawasan disekitar Pasar Borong Selayang ditutup dengan pagar kawat duri dan dikawal oleh askar tular semalam, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKP telah diperketatkan di lapan parcel sekitar Kuala Lumpur sejak semalam hingga 3 Mei.


Unnamed 2

Menurut FMT, kawasan-kawasan yang terlibat adalah:

  1. Parcel A (Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara)
  2. Parcel B (Jalan 6/3A and 9/3A, Pusat Bandar Utara)
  3. Parcel C (Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara)
  4. Parcel D (Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara)
  5. Parcel E1 (Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D)
  6. Parcel E2 (Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D)
  7. Parcel E3 (Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B)
  8. Parcel F (Taman Batu View and Taman Batu Hampar)

DS Ismail Sabri turut menasihatkan orang awam untuk kekal tenang dan ikut arahan pihak berkuasa.

Walaupun kawasan dikeliling pasar telah ditutup, Pasar Borong Selayang masih beroperasi seperti biasa untuk menyediakan bekalan makanan sepanjang tempoh PKP ini.

 

Baca: [TERKINI] Pasar Borong Selayang & Taman Sri Murni Dipagar ‘Kawat Duri’, Suspek Kes Covid-19?

Feat 30

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.