in

“Durian takde duri bukan durian namanya” – Lupakan Durian Normal, Sebab Ada Durian Versi Tak Berduri Kat Indonesia

Feature 3 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jaranglah kita jumpa orang Melayu yang tidak menyukai durian. Kalau ada pun, segelintir je yang tak makan. Admin malas nak makan durian ni sebab takut sikit nak kopek buah berduri ni.


Tapi ada berita baik buat hantu durian. Rupanya, ada durian versi tidak berduri dekat Indonesia weh! Menurut South China Morning Post, raja buah yang tidak berduri tersebut telah lama ditemui di Lombok, Indonesia pada tahun 2007 lagi.

Durian 2

Durian versi ini juga dikenali sebagai durian gundul di negara jiran. Mungkin sebab durian tu botak kot. 

Durian gundul ini dijumpai membesar di sebatang pokok durian bersama durian ‘normal’ yang lain di Desa Narmada, Lombok.

Durian Gundul 2806

Pada mulanya, pemilik pokok durian tu ingatkan durian gundul ni beracun, jadi dorang tak makan pun durian jenis ni. Kalau admin pun takut nak makan, sebab dalam banyak-banyak buah, ada pulak satu yang takde duri. 

Namun, sebab durian tak berduri ni berbuah lagi sekali, jadi dorang cuba jugak makan sebab teringin sangat nak tahu. Rupanya, rasa dan bentuk buah kat dalam sama sahaja dengan durian biasa. 

Durian 1

Durian gundul ni dikatakan bukan hanya terdapat di Indonesia sebab Filipina juga merupakan pengeluar buah durian tidak berduri.

Tapi, walaupun mempunyai rasa yang sama, tidak ramai penggemar durian suka makan raja buah jenis ni. Mungkin sebab dorang rasa rupa durian tu pelik kot. Kita nak makan pun tengok luaran jugak. 

Walaupun tidak mendapat sambutan hangat, saintis dan pakar pertanian Indonesia tetap nak hasilkan durian gundul ni. Selepas hampir 12 tahun penyelidikan, akhirnya durian tak berduri berjaya dihasilkan lagi.

Jadi, apa pendapat korang, nak durian biasa ke durian tak berduri? 

Baca: “Nak rasa buah paling busuk di dunia” – Mat Saleh Menangis Lepas Cuba Makan Durian Sebab…

Durian

Sumber: Kompas.com
Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.