in

“Penjawat awam boleh ada rekod jenayah?” – Pegawai Imigresen Ditahan SPRM Terlibat Sindiket Curi Kereta, Ahli Kongsi Gelap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial para netizen melabel pegawai imigresen yang terlibat dalam kes cop sempadan palsu ini sebagai pengkhianat negara.


Namun isu mengenai kes ini tidak berhenti di situ saja. Menurut Berita Harian, menerusi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), salah seorang pegawai imigresen yang ditahan dalam Ops Selat juga disyaki adalah ahli sindiket mencuri kenderaan. Whaaat??? 

Pejawat awam Gred KP19 itu juga dipercayai ada rekod kes samun dan mencuri kenderaan.

Menurut sumber, siasatan juga mendapati kakitangan terbabit berkemungkinan adalah ahli sindiket mencuri kenderaan dan samun berkumpulan diketuai oleh salah seorang ejen yang juga berjaya ditahan baru-baru ini.

Bukan tu saja… korang takkan percaya bila dapat tahu, suspek ni juga ahli kongsi gelap! 

Hasil siasatan turut mendapati ada dakwaan bahawa individu itu terbabit dalam kumpulan kongsi gelap.

“Namun, timbul persoalan bagaimana kakitangan itu yang memiliki rekod jenayah lampau, boleh dilantik ke jawatan perkhidmatan awam.

“Ini berikutan hasil siasatan mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sebelum memegang jawatan pegawai imigresen Gred KP 19.

“Ada kemungkinan tinggi hubung kait jenayah yang dilakukan itu berterusan dengan membabitkan kes penyeludupan migran,” kata sumber.

Tambahnya lagi, 12 ejen pekerja asing yang ditangkap dalam Ops Selat itu juga disyaki adalah anggota sindiket penyeludupan migran antarabangsa.

“Salah seorang ejen yang ditahan itu adalah individu yang berada dalam senarai orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Suspek disyaki terbabit tiga kes berkaitan jenayah samun, curi kenderaan dan konspirasi dalam jenayah bersindiket, termasuk pelacuran dalam kalangan warga China,” jelasnya.

Maka tidak hairanlah suspek yang juga ejen yang didakwa ini mampu menyimpan empat kereta mewah, termasuk Rolls Royce Phantom, Mustang, Audi dan Range Rover yang disyaki milik bersama pegawai imigresen Gred KP19 itu.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan 56 orang yang ditahan SPRM meliputi 34 pegawai imigresen, 12 ejen dan 10 orang awam dalam Ops Selat.

“Orang awam ditahan itu disyaki adalah keldai akaun di mana akaun bank mereka digunakan untuk menyimpan wang rasuah yang dikutip.

“SPRM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap ejen pekerja asing ini,” katanya.

SPRM kini akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan PDRM bagi memastikan siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Adoi… orang ada rekod jenayah pun boleh jadi penjawat awam ye. 

Baca: “Tali barut negara” – Netizen Puas SPRM Tahan 40 Pegawai Imigresen Palsukan Cop Sempadan

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.