in

“Penjara 70 tahun tak cukup!” – Bapa ‘Kerjakan’ Anak Umur 1 Tahun & Muat Naik Video Dalam Dark Web

Dw4

Umumnya. laman dark web adalah satu platform untuk orang melakukan kegiatan jenayah dan sebelum ini ramai juga yang kurang pasti kesahihan dalam kandungan tersebut samada betul-betul atau rekaan semata-mata.

Tapi ia memberikan petunjuk kepada kita lepas seorang bapa yang jenis ‘haruan makan anak ini’ disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya yang baru berusia 1 tahun.

 

Muat naik dalam Dark Web

0 Dad Who Raped Screaming Daughter 1 And Uploaded Footage To Dark Web Jailed For 70 Years

Tak cukup dengan melakukan perbuatan terkutuk tu, James Lockhart, 31 yang tinggal di Florida ini siap merakam dan muat naik kedalam laman dark web.

Menurut Mirror Online, terdapat 4 video yang dimuat naik melalui dua akaun dengan nama samaran ‘Strangewood’ dan ‘Hardwood’.

Tambah sumber lagi, syarikat agen sekuriti terpaksa menjukkan footage sadis itu kepada ibu untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Ibunya mengesahkan itu adalah anaknya apabila melihat lokasi perbuatan terkutuk itu adalah tempat yang dia kenal.

Kegiatan bapa pedolifia ini terbongkar apabila pihak penyiasat membuat serbuan di rumahnya. Mahkamah mendapati dia melakukan perbuatan kejam itu pada pada March 2016 hingga Februari 2018.

 

Anak bukanlah satu-satunya mangsa

Lebih teruk lagi, anak dia bukanlah satu-satunya mangsa, ada juga budak 1 tahun lain yang jadi mangsa kezalimannya.

Dalam satu peranti yang dirampas, pihak penyiasat mendapati ada 43 video dan 4,000 gambar ‘keganasan’ terjadap kanak-kanak.

Ketua Hakim Daerah, Amerika Syarikat Steven D. Merryday minggu lepas telah menjatuhkan hukuman 70 tahun penjara kepada Lockhart atas kegiatan jenayah ini.

Memandangkan berita tentang ‘haruan makan anak’ ni viral di luar negara. Ramai yang marah dan mahukan bapa tak berhati perut ni diseksa dengan lebih teruk lagi.

 

Penjara 70 tahun tak cukup! – Netizen

Dw Dw2 Dw3

 

Pihak Sekuriti Homeland (HSI) menegaskan bahawa mereka akan mengembleng tenaga bersama cawangan tempatan dan antarabangsa untuk memastikan si pemangsa ini tidak melakukan perbuatan terkutuk ini kepada kanak-kanak lain.

Baca : Remaja Buta Mengandung ‘Dikerjakan’ Bapa Lepas Ibu Meninggal Akibat Sakit Kanser

Dikerjakan