in

Peniaga Tak Patuh GST Sifar? Laporkan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggal 1 Jun 2018 merupakan tarikh yang bersejarah buat rakyat Malaysia kerana ia merupakan tarikh di mana akhirnya Malaysia mencapai sifar GST.


Ramai juga yang mula keluar membeli belah menjelang Aidilfitri yang bakal tiba pada minggu hadapan memandangkan harga barang kini semakin murah dengan tiadanya tambahan 6% GST.

Namun begitu, menurut Harian Metro, baru-baru ini seorang pengguna kecewa apabila sebuah butik tudung jenama terkemuka di Seremban mengekalkan harga tudung pada RM50 sedangkan harga tersebut sepatutnya perlu jatuh pada RM47.

Sumber: Harian Metro

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Zubir Hamsa mengesahkan menerima aduan tersebut dan telah menghantar pegawai penguat kuasa untuk pemeriksaan.

Walau bagaimanapun, setibanya mereka di butik tersebut, semua harga jenis tudung itu sudah pun dibetulkan.

“Mereka mendakwa masalah itu timbul berpunca daripada sistem pembayaran premis berkenaan yang menghadapi gangguan sebelum pulih semalam (kelmarin).”

Selain itu, difahamkan peniaga itu akan mengembalikan semula wang baki pembayaran pelanggan tersebut menerusi rekod transaksi jualan.

Sumber: Blog

Ujar Zubir, pihaknya memberi amaran kepada pemilik premis dan pemeriksaan berkala akan dijalankan bagi memastikan peniaga mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jika terdapat kes berulang, notis akan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.” 

Beliau juga mengingatkan kepada pengguna supaya melaporkan sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai peniaga yang tidak mematuhi undang-undang dengan pengurangan kadar GST melalui talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000.

Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh menyalurkan maklumat melalui talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip KPDNKK ADUAN.

Ambil perhatian ye para peniaga sekalian…

Baca: “Warga asing perlu keluar dari rumah PPR segera”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.